Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

23 Januari, 2015

KARI TELUR IKAN

Pertama kali barulah merasa yang sedap, sebelum ni masak tapi rasanya hanyir..berkeladak..tak masak dalamnya..haha..bantai je buat..kesian.

Lepas tengok cara2 yang betul kat blog YUNUS BADAWI tu, kira dah lulus lah kiter..

Petuanya : keluarkan telur itu daripada kantongnya untuk mengelakkan bau hanyir ketika dimasak. Yesss!! lepas tu saya cuba buat, Alhamdulillah sedap lah santap, asben apa lagi, dia yang nak sangat makan..


KARI TELUR IKAN
Sumber : Dari Dapur Zurena
  • Telur ikan - (telur ikan duri @ sembilang/mayong ) - sarung telur ikan digunting supaya telur ikan masak./saya keluarkan dari kantungnya & toskan.
  • 1 bungkus serbuk kari ikan
  • mangkuk santan
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
 Bahan tumis:
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 tangkai daun kari ( jika suka )
  • Sedikit minyak untuk menumis
 Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2 .Masukkan rempah. Kacau rata. Masukkan air asam jawa.
3. Masak sehingga rempah masak. (pecah minyak)
4. Masukkan santan kacau rata. Masukkan telur ikan. Kacau sekali sekala. Apabila telur ikan dah masak masukkan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat tambahkan air.
 5. Biarkan gulai itu mendidih dgn api yg perlahan.  Kacau sekali-sekala. Angkat dan bolehlah dihidangkan.


07 November, 2014

IKAN TUMIS ASAM

Assalamualaikum w.b.t

Lewat pulak masuk kat sini, sambil2 tunggu Asar sempatla update 1 n3 kat blog..hehe
lauk 2 hari lepas kot, sehari selepas Kak Ayu siarkan kat blog beliau yang sememangnya mengancam itu..simple dish for my kids & husband..Alhamdulillah berkeriuk2 mangkuk lauk tu anak2 kecil saya sudu..haha..cuma saya tak buat pedas, letak cili hijau besar je 1 biji, sebab nak bagi Azalea makan ikan tu. Terima kasih Kak Ayu & Chef Asma..

  • 1/2 kilo ikan selar(ikan lain pun boleh)
  • 1 labu bawang besar-(Ayu guna 2 biji)
  • 2 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 biji bawang putih (hiris)
  • sedikit halia(hiris )
  • sebatang serai(diketuk)
  • 2 biji lada merah hiris
  • 5-6 biji cili api-(Ayu lebihkan lagi)
  • sedikit daun sop
  • sebiji tomato dipotong baji
  • 4 sudu besar santan pekat-(Ayu tambah)
  • 2 sudu besar sos tiram-(Ayu tambah)
  • garam dan perasa dan jus asam jawa
cara2nya:
  1. bersihkan ikan,basuh lumurkan dengan kunyit dan garam goreng hingga garing.ketepikan
  1. panaskan minyak,tumis semua bahan dihiris,kecuali tomato dan cili api.
  1. kacau hingga naik minyak,masukkan garam air asam, santan, sos tiram dan perasa,biar kuah agak pekat masukkan tomato,daun sop dan cili api.perasakan..matikan api dan masukkan ikan goreng tadi..kacau rata.
  1. bolehlah dihidang.


Selamat Mencuba

03 Januari, 2014

IKAN GORENG MASAK BENING PEDAS

Alhamdulillah .masih diberi nafas utk.hari ini..saya update blog kadang setting autopost ya, jadi sampai masa keluarla sendiri post2 saya ni, kot2 masa entry ni keluar saya dah bersalin tu agak2la kan...takut kang ada yang kata giler berblog ke hape dalam labour room pon sempat update blog..hehe


Sekali lagi saya campak resepi sempoi yang amat mudah disediakan..asal tengok kakak ipar yg masak..lepas tanya2 balikla buat kat rumah..time xde apa bahan nak masak yang renyah2 boleh cuba. Yela kadang2 dalam peti ajaib tu bukan selalu ada bahan2 untuk masak2 beria2 kan, aaaa tu peti saya la tu..hehe

IKAN GORENG MASAK BENING PEDAS
Resepi by AnnaQawina
 
Bahan2 :
  • Ikan kerisi - dibersihkan & digoreng jangan garing
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Cili api * tumbuk bhn bertanda *
  • Serai **ketuk2 je
  • Bunga kantan - potong 2 (jika suka)
  • Air secukupnya
Cara-cara:
  • Rebus air bersama semua bahan tersebut.
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan goreng tadi besama bahan perasa yg disukai. Rebus hingga ikan goreng nampak agak lembut jangan lembik sgt..
  • Siap utk.dihidangkan..

Simple kan? Selamat mencuba...

10 Julai, 2013

1 RAMADHAN 1434H : PATIN MASAK TEMPOYAK



Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ
 
Berpuasalah kalian karena melihatnya (hilal) dan berhari rayalah karena melihatnya, jika hilal hilang dari penglihatanmu maka sempurnakan bilangan Sya’ban sampai tiga puluh hari. (HR. Bukhari No. 1909)

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga dapat melalui sebulan bulan yang penuh keberkatan ini dengan sempurna. InsyaAllah.

Niatkan setiap hari memasak dengan hati yang gembira, ikhlas & tenang ....terima kasih buat sahabat kerana memberi ikan patin yang sangat ohsem segar dari kolam, lain kali nak lagi ye CK.. maka bertempoyaklah ia beberapa kali sampai licin..Sangat sedap..ikan yang segar & takde bau pon..cuci pun pakai air biasa je..
Sesaja kongsi menu ikan patin sedap ni untuk tatapan sendiri...hehe..ada seorang adik yang nak tau resepi jadi moh kita ke dapo yer..Ada saya sertakan 2 resepi, boleh pilih mana2 yang suka..semua2 menepati selera InsyaAllah.

PATIN MASAK TEMPOYAK (1) - PAHANG
Sumber : MasDuniaku & Azie Kitchen

Bahan : 
  • 1 ekor ikan patin  
  • 5 biji cili padi - nak pedas letak lebih 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih  
  • 1kuntum bunga kantan - belah 2  
  • sedikit daun kesum  
  • 1 keping asam keping jika perlu  
  • garam secukup rasa

Cara : 
  1. Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini. 
  2. Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau.  
  3. Mas rendam ikan patin dengan cuka kurma. 
  4. Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
  5. Tumbuk cili padi dan kunyit.   
  6. Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan.  Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
  7. Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum. 
  8. Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.  
  9. Untuk melihat cara2 menbuatnya, lihat DISINI

PATIN MASAK TEMPOYAK (2)-PERAK 
SUMBER :Sharifah Azizah@myResepi

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 1 ekor ikan patin di potong
  • 10 biji cili padi kampung (atau tambah lagi jika suka pedas)
  • 1 cm kunyit basah @ 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 biji timun @ timun aceh di buang isinya dan di potong-potong
  • 1 cawan tempoyak
  • 2 batang serai
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • 1 liter air
  • sekuntum bunga kantan @ sedikit daun kesum

Cara-cara

  1. kisar cili padi dengan sedikit air, masukkan ke dalam periuk.
  2. kisar pula tempoyak dengan air yang selebihnya, tuangkan ke dalam periuk yg sama.
  3. masukkan kunyit, serai, garam dan serbuk perasa. didihkan.
  4. rasa masam masinnya. jika x cukup masam (tempoyak baru), tambah sekeping asam gelugor/ asam keping.
  5. bila rasanya sudah sedap, masukkan ikan dan timun yg sudah dibasuh.
  6. bila dah mendidih angkat dan boleh lah di persembahkah....
  7. * masakan ini tidak menggunakan bawang utk menyerlahkan bau tempoyak. ada sesetengah tempat pula meggunakan bawang merah utk mengurangkan bau tempoyak...ikutlah mana suke. akak mana2 pun ok je... 
SELAMAT MENCUBA..

04 Mac, 2013

SUP KETAM/SUP IKAN KERISI

Assalamualaikum w.b.t

Resepi asal Sup Ikan Kerisi dari Joha Hasan, dicuba oleh Kak Tun menggunakan isi ikan merah, mula2 kami dah try ikan kerisi, sedaapp...lebih sedap menggunakan ikan kerisi tau..pastu buat guna ketam pulak, simple je resepinya, anak2 Ana sangatle suka menu2 berkuah gini.. jom buat sup..sluurrppp!!!
**Ni dah laammaaa sangat buat cuma xtau bila boleh keluar sini..hehe..piss!!


White Snapper Fish Soup. (Sup Ikan Kerisi)
Resipi oleh : Chef Joha Hassan

Sup Ketam @ Ikan kerisi by AnnaQawina

Bahan2nya:
  • 1 ekor ikan kerisi, di belah ikut citarasa (Tun guna ikan merah)
  • 1/2 inch halia di hiris
  • 1/2 batang cili merah & hijau hiris
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • 1/2 labu bawang besar di hiris atau potong dadu kecil (Tun cincang)
  • 1 lobak merah di potong dadu kecil2
  • 2 biji ubi kentang di potong dadu kecil2
  • Daun sup/sadri
  • 2 sudu besar bawang merah goreng
  • Secubit lada putih
  • 1 kuib knorr ayam
  • Air secukup untuk kuah nya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

* Tun tambah:
4-5 biji cili api- diketuk/dibelah 2
1/4 batang seleri-dipotong serong

Cara2nya:
  1. Panaskan minyak di periok, masukan bawang2, cili dan halia, goreng seketika . 
  2. Bila kelihatan lembut, tuangkan air secukup untuk kuah nya.Letakan kuib knorr ayam, garam secukup rasa. Masukan lobak merah dan ubi kentang yang di potong dadu2, masak hingga ia mula mendidih. 
  3. Letakan daun sup/sadri dan ikan kerisi yang sudah dibersih dan di potong ikut citarasa. 
  4. Sajikan panas2 bersama kicap, cili hiris perahan jus limau kasturi dan nasi putih.
#bole masukkan batang salari, soon, tomato biji..


Selamat mencuba & beristirehat..jumpa lagi

04 Ogos, 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri Cara Kak Anim

Assalamualaikum

Ni haaa...menu femes emes sekarang ni bagi penggemar asam podeh...resepi rahsia warisan asli dari Rembau...sape lagi..iaitu Kak Anymz..wah..glamer hakak kita sekarang ni tau..banyak menu2 yang best kat blog beliau..sila..sila...jenguk sana ya....


RESEPI ASAM PEDAS ANYMZ 
Sumber asal : Kak Anim
Copypaste : Noorsha & Mas

Bahan :
  • 1 ekor ikan talapia hitam.(noorsha & Ana guna ikan tenggiri)
  • 20 tangkai cili kering - didihkan sebentar angkat dan toskan - dikisar
  • 1 labu kecil bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit halia - dikisar
  • sedikit kunyit hidup - dikisar
  • 1 kuntum bunga kantan - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • sedikit daun kesum - di kisar
  • belacan -dikisar ( noorsha tambah )*Ana tak letak
  • air asam jawa secukupnya
  • 1 kiub ikan bilis - (noorsha ganti ngan 1sb udang kering yang dikisar)
  • garam secukup rasa
  • beberapa batang bendi 
  • tomato - dibelah 4
  • sedikit serbuk kunyit 
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara memasak :
  1. Ikan di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak @ pecah minyak.
  3. Pastikan cili betul2 masak @ garing, masukkan sedikit air asam jawa, kacau sedikit.
  4. Masukkan ikan dan didihkan sebentar, kemudian masukan garam dan kiub ikan bilis.
  5. Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi. Kemudian baru masukkan  bendi ,tomato @ terung jika suka.
  6. Kecilkan api dan didihkan hingga masak.Tabur sedikit serbuk lada hitam, biaekan seketika dan boleh tutup api dan sedia untuk di hidang.

15 November, 2011

ASAM PEDAS Anymz KITCHEN

Huhu..ada yang muak makan kek span ya..kita tukor lak menu, makan lauk jela, nasik lom masak nih..haha..moh layan jela lauk yang dah arwah ni, tah bila buat dah lupa mokcik ni....hehe..ada koreja mau bikin satgi..sape2 free tu takyah nak goyang kaki ye, meh tolong kita kat dapo meh...


Maaf Kak Anim, ikan dah tinggal seketul baru snap gambo sebagai bahan bukti..(=^_^=)

ASAM PEDAS ANYMZ KITCHEN (makasih Kak Anim & kwn2 yg promote)
Sumber : Kak Anymz
Sumber : Kak Diana@Skyblue, Kak Sheila (nnt nak cari link yg lain ya)

bahan2
  • 1/2 ekor ikan tenggiri batang-akak guna 6 keping-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan
  • 1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar
  • 15 tangkai cili kering-di kisar
  • 1 labu bawang besar-di kisar
  • 3 ulas bawang putih-di kisar
  • 2 batang serai-di kisar
  • sedikit belacan-jika suka-di kisar
  • 3 batang daun kesum-ambil daunnya
  • 2 batang bunga kantan-di belah dua
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk air asam jawa-agak2 le
  • 1 st serbuk kunyit
  • minyak untuk menumis
 cara

  • Panaskan minyak di dalam periuk
  • Tumis bahan2 kisar hingga naik bau
  • Setelah terbit minyak,masukkan serbuk kunyit,garam dan kiub ikan bilis
  • Masukkan air asam jawa
  • Masukkan juga ikan dan daun kesum
  • Bila sudah mendidih masukan terung yang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan
  • Jerang hingga terung masak
  • Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api
  • Sedia untuk di hidangkan.

07 Mei, 2011

IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API

Menu ikan lagi..sesekali layan tekak en.suami..hehe..dia belikan 2 ekor ikan talapia, saiznya agak besar, hari sebelumnya dah Goreng Cili, semalam masak lemak lak, itupun tanya dia dulu, nak makan ke tak, angguk setuju senang kerja tukang masak ni..hehe..kira tekan keyboard google resepi kan mudah kerjanya..terdampar lak kat MYR..cuba resepi ni..sedap cuma takde daun kunyit/cekur penambah aroma..kalau ada lagi mantop kan..Ana buat pun tak pedas sangat, anak-anak boleh makan sama, kecuali yang si kicik Hannah tu je, ambik isi ikan je bagi dia..

 

Sesiapa yang nak mencubanya silakan..:))

IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API

Sumber : hendrawati83@myresipi

Bahan-bahan ( Untuk 2 orang makan )


  • 2 Ekor ikan Tilapia merah/ hitam saiz sederhana (goreng dahulu dengan garam & kunyit. Boleh letak lada hitam kalau nak kurangkan hanyir)
  • 3 Ulas Bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi
  • 1 batang serai di titik
  • 2 cm halia di titik
  • (tumbuk/blender dahulu bawang merah, bawang putih dan cili)
  • 100 ml Santan / susu segar 
  • serbuk kunyit

Cara-cara


  1. Tumis bahan2 yang telah di tumbuk/blender tadi. Biarkan sampai kuning atau naik bau.
  2. Masukkan halia dan serai dan tumis lagi sampai bau serai then masukkan ikan.
  3. Last sekali masukkan santan. Biar sampai santan tu pecah minyak pon takpe. Kami suka dia pekat2. Ada setengah suka cair, maka bolehlah tambah air sikit..
  4. Agak2 dh mula menggelegak, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama hirisan daun limau purut atau daun pegaga.. tak letak.
  5. Selamat Mencuba resepi yang mudah tapi sedap dan terangkat ni..kalau tahap toleransi pedas anda tinggi, bolehlah tambah lagi cili api tu ye..
##harap maklum..entry harini agak laju sebab hari Sabtu..kerja banyak yang menanti..mungkin juga akan keluar atau ada apa2 aktiviti tak dijangka..hehe..kunjungan anda akan dibals..InsyaAllah..

06 Mei, 2011

IKAN TALAPIA GORENG CILI

Assalamualaikum..

Apa khabar? Harap sihat hendaknya...terima kasih buat yang berkunjung, nanti dah berkesempatan akan dibalas kunjungan anda yang ikhlas tu yer..

Harini masak biasa2 jela..menu semalam ni..hehe...kira sekadar tayangan amal jela..Jom semak resepi mudah..sekali skala layan menu ringkas ok gak kan..cuma ada tambah bahan2 sikit, menggantikan bahan yang tak cukup..Alhamdulillah..licin..sedap / lapar? haha..dua-dua le...

 

Sumber :joayee@myresipi

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 1 ekor ikan talapia(apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5-10 cili padi & cili kering(potong)*tambah
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 tbs sos ikan
  • garam
  • tepung jagung
  • minyak utk mengoreng ikan + menumis 
  • sedikit perahan air limau nipis *tambah
  • tomato dipotong dadu*tambah 

Cara-cara

  1. Ikan di bersih, belah dua, perasakan dgn garam+tepung jagung. goreng dgn minyak banyak.
  2. semua bahan2 di potong kecil.
  3. panaskan 1 senduk minyak. tumis semua bahan diatas hingga kuning. masukkan sos ikan.& kemudian masukkan air perahan limau nipis & tomato..
  4. curah sos diatas ikan tadi 
  5. Hidangkan

23 April, 2011

IKAN TAUHU MASAK STIM

Assalamualaikum

Petang baru berkesempatan melayari alam maya ni haa..hihi...harap anda semua sihat walafiat ye..InsyaAllah..Kawan-kawan dah masak kan..masak apa? Nanti ada kesempatan akan ku terjah melihat menu kalian..harini masak biasa-biasa aje, yang pasti makanan kesukaan anak-anak, bila cuti sekolah ni selera makan diaorang lebih dari biasa je..layan jela, hari2 sekolah penat kan, makan pun kurang..


Petang semalam Ana masak ikan tauhu stim..kami panggil ikan tauhu, tupun Cik Abe yang perkenalkan ikan ni lepas kawen, sebelum tu tak pernah lak makan..hehe..orang lain panggil ikan apa tak tahu la..isi ikan ni lembut, warnanya putih..sesuai untuk kukus @ masak 3 rasa..

Cuba ubah selera dengan mencuba resepi dari blog Izan ni..ok gak..sedap tau..cubalah..

Sumber : AnnaQawina

Bahan-bahan
 

A) Bahan perap
  • Halia 1/2 inci 
  • Bawang putih - 3 biji
Tumbuk dan lumurkan pada ikan. Isi didalam mangkuk dan stimkan

B) Bahan kuah

  • Ikan - (Kerisi/siakap/etc)Ana guna ikan tauhu
  • Bawang besar - 1 biji setengah
  • Halia - 1 inci
  • Bawang putih - 3 biji
  • Cili padi saiz sederhana - 10 biji
  • Limau nipis - 1 biji
  • Sos tiram - 1 sudu
  • Daun ketumbar..Ana letak daun sup je
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah, bawah putih dan halia hingga garing.
*Separuh di asingkan untuk bahan tabur.
2. Masukkan air 3 cawan
3. Tumbuk pecah cili padi dan masukkan kedalam kuali
4. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa. Biarkan kuah mendidih.
5. Hiris limau nipis dah perahkan patinya kedalam kuah.
6. Tuangkan kuah yg sudah siap tadi kedalam mangkuk ikan dan taburkan daun ketumbar yg sudah dihiris. Teruskan stim ikan selama lebih kurang 5 minit.
7. Buka penutup dan rasakan aromanya.. fuhhhhhhhhh.........!
8. Akhir sekali taburkan bawang goreng yg diasingkan tadi. Siap untuk dihidang!

TIPS: Kuah stim seharusnya rasa pedas, lemak pati ikan, sedikit masam dan ada resa-resa manis. Aroma & rasa perahan limau kasturi dan daun ketumbar menambahkan lagi keharuman & keenakan masakan!

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

14 April, 2011

CENCARU SUMBAT

Assalamualaikum.

Mood : kurang sihat tapi nak jugak update apa-apa yang patut..sambil2 tunggu roti kentang dalam oven masak, sempat jugakla menjelajah kat dapo2 geng yang dok menayang masakan yang mengiurkan itu...huhu..sabo..sabo..buat satu satu yek..hehe..

Lauk ikan ni dah beberapa hari buat, Ana guna resepi yang diambil dari MyResipi, pertama kali cuba versi begini, sedap jugak..yang pasti kuah tu anak-anak boleh makan, maklumle kicap..menu utama budak-budak ni..

 

CENCARU SUMBAT

Sumber : hby(v)@myresipi

 

Bahan-bahan ( 3-4 org mkn)

  • 2 ekor ikan cencaru
UNTUK ISI :
  • 1/4 labu bawang besar
  •  4 biji cili (ubah ikot tahap kepedasan masing2)
  •  1/4 biji tomato
UNTUK KUAH :
  • sedikit kicap manis
  • sedikit air
  • perahan air limau nipis (boleh diganti dgn tomato yg dihiris nipis2/air asam jawa)
  • sedikit minyak utk menggoreng 

Cara-cara

  1. siang ikan - belah belakang badan ikan utk disumbat
  2. tumbuk hingga hancur semua bahan2 utk isi
  3. sumbatkan bhn2 yg telah ditumbuk ke dalam bhgn perut dan belakang badan ikan
  4. panaskan kuali dan goreng ikan dgn minyak sedikit (1-2 sudu). paling2kan ikan sehingga masak
  5. masukkan kicap dan air(ikot selera masing2 samada nak kuah byk atau sikit).kalau guna tomato boleh masukkan sekali.didihkan sebentar
  6. siap utk dihidang!! (kalo gune limau nipis, perah atas hidangan yg sudah sedia dimakan)
SELAMAT MENCUBA

28 Februari, 2011

IKAN BAKAR & AIR ASAM YG MEBELES

Assalamualaikum...

Sebelum mulakan n3 tentang makanan dsbnya..Ana nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 34 buat suami tercinta, yang jatuh pada hari ini..semoga hidup kita sentiasa di dalam Rahmat Allah sehinggan akhir hayat, InsyaAllah..

Menu yang tengah top kat rumah ni sejak 3 hari lepas..sekali buat, kena buat lagi & lagi..Cik Abe kata sedap sangat,..pernah sekali makan kat Restoran Sekinchan Ikan bakar, Gombak...kebetulan haritu tak masak, jalan2 pun area situ gak, apalagi, masuk & order ler..setakat ni rasanya ok la kot, ikan bakarnya sedap & segar, maklum kita sendiri yang pilih kan..tang nak membayar tuh..RM95.00 lbh krg nya..rasanya sesetengah orang takdela heran sangat kan nak makan kat situ selalu..bagi kami sesekali bolehla..hehe..2 pinggan nasi biasa, 3 pinggan nasi separuh, seekor ikan pari, seekor ikan bawal & sepinggan kerang..sup untuk anak2 sekali..berbaloi le kot..tapi kerang tu sepinggan RM14.00..uiii..terkojut tergodang mak aii...hikhik..apa2pun kira dah kenyang & tak payah masak untuk haritu tak kisahle kan..hehe


Mula2 buat rsp Kak Nor ni, Ana guna ikan sebelah, jenis yg besar & banyak isi, kali ke 2 buat guna ikan cencaru pulak..air asam tu tak habis, letak dalam petiais, boleh makan lagi kan..tapi Cik Abe kata sedap..sedap..dok beli lagi ikan khas utk bakar..maknanya sedap sungguh le tuh....haaa..tak cayer meh buat sesama..kita copy resepi dari dapo kak Nor yang baru usai menyambut besday dia dengan red velvetnya..Happy Birthday kak Nor...

Resepi Ikan bakar


  • 1 keping ikan pari ~ terpulang la kalau nak guna ikan lain
  • 3 sudu besar air asam jawa yg pekat
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar kicap manis
  • sedikit belacan ~ bakar dulu kalau nak lebih sedap..*Ana guna petis udang
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 tangkai daun kesum
  • garam
  • daun pisang ~ optional
Cara-cara :

  • Bersihkan ikan pari dan toskan.
  • Gaul semua bahan2 kecuali daun pisang :)
  • Lumurkan pada ikan pari dan perap sekurangnya 1/2 jam. (letakkan sekali daun kesum pd ikan)
  • Bakar ikan dlm aluminium foil yg dialaskan dgn daun pisang hingga masak. Ni kaedah kalau bakar atas dapur gas.
  • Kalau bakar dgn menggunakan dapur arang kayu lagi best.
  • Nak bakar/gril dlm oven pun boleh, terpulang la ya..
  • Hidangkan bersama dgn air asam.

AIR ASAM



Sumber : Kak Nor punya Style
  • 9 bj cili padi ~ dihiris
  • 1/2 bj tomato besar ~ didadukan
  • 1 labu bawang besar (saiz sedang) ~ didadukan
  • 1 in belacan ~ dibakar
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit daun ketumbar ~ dihiris..*Takde, guna daun kesum, hiris
  • 2 sudu besar sos ikan ~ optional
  • air asam jawa pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula

Gaulkan kesemua bahan hingga sebati dan boleh la dihidangkan.

 SELAMAT MENCUBA....

14 Februari, 2011

Ikan Baung Masak Lemak Cili Api

 Assalamualaikum w.b.t.

Harini sihat ke semua....harap2 sihat semuanya ya..ni ada sedikit menu nak kongsikan bersama yang dibuat kelmarin ni...resepi asal ialah menggunakan ikan patin, tapi Ana tukar kepada ikan baung, sebab Cik Abe yang beli ikan tu..hehe...

 

 

Rasanya dah ramai yang pernah buat ni, senang & simple aje kan..tapi pedas tu kena pandai-pandai ejasla ek..kalau nak makan dengan anak-anak kecil patut dikurangkan cili api tuh..berasap tau...terima kasih nOOrsha kongsi resepi..Ana jumpa resepi ni kat MyResipi..

 

Sumber : nOORsha@myresepi

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 5 potong ikan patin/ikan baung
  • segenggam cili api
  • 1 biji kelapa -diparut & diperah santannya*Ana guna santan kotak 200ml & campurkan dgn air secukupnya.
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • garam

Cara-cara

  1. bersihkan ikan patin dan rendam dengan air asam jawa untuk buang hanyir lebih kurang 15 minit.*Ikan baung tak payah rendam pun takpe..tak hanyir mcm ikan patin
  2. tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
  3. masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.
  4. masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.
  5. Bersihkan ikan yg direndam dengan air asam jawa sekali lagi dengan air bersih dan masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air jika perlu.
  6. kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ikan masak utk elak santan pecah. jangan kacau kuah kerana isi ikan patin lembut n mudah tercerai.
  7. Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.
  8. Sedia dihidang
#tuan tanah tengah bizi + kurang sihat..kunjungan ziarah teman2 yang selalu diingati akan dijalankan kendian..hehe..harap maklum..#

28 Disember, 2010

KERAPU MASAK 3 RASA

Assalamualaikum....

Apa khabar kawan2 & adik kakak yang tersayang..ewaahhh..rasa semacam je rajinnya pagi ni nak update rumah kecil bewarna pink ni..hihi

Pagi ni Ana nak tayang menu makan malam tadi, menu ni Cik Abe Ana yang request, yelah dia yang beli lauk, tentu dia yang nak-nak sangat makan ikut citarasa dia kan..google resepi jumpa kat MyResipi jugak, memang MYR tu lubuk resepi kan..bertuah sesangat ada laman web camtu, yang tak tau masak boleh buat rujukan sikit2, lama2 pandaila..


Resepi sunkist@myresipi (dia ada blog ke?)..terima kasih sunkist, Ana copy kat sini senang nak buat rujukan nanti, spe2 nak try bolehla...cuma ada sesetengah bahan tu Ana takde stok, tapi sos untuk ikan ni memang sedap, masa tengah masak tu bau yang menusuk2 hidung buatkan perut lapo serta merta..eheh..*cam iklan jek...*

Resepi Kerapu Masak 3 Rasa

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • Seekor ikan kerapu
  • 2 biji bawang putih - dicincang halus
  • 5 biji bawang merah - dicincang halus
  • 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 kerat nenas - di potong dadu..*Ana tak ada, tak letak le
  • 2 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit daun ketumbar *Ana tukar dengan daun bawang je
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

08 Disember, 2010

IKAN SIAKAP KUKUS

Assalamualaikum...
Apa kabo kengkawanku sekalian..hehehe...harap sihat hendaknya, harini baru teringat nak masukkan entry tentang resepi yang diambil dari blog Kak Yatie..belek2 gambar baru perasan ikan sekor ni belum dapat hak tayangan amal ni...sian dia kan..


Kebetulan ada bunga kantan bawa dari kampung haritu, sempatlah cuba resepi ni, biasa kukus ikan tak letak kantan, tapi bila ada bunga ni bau wangi je..cuma ikan tu tak nampak sangat warna warni dengan hijau cili padi sebab nak bagi anak-anak makan, takut pedas lak..

Ana kongsikan resepi & cara buatnya, terima kasih kepada penyumbang asal rsp : Mat gebu Myr
Copy : Kak Yatie

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
Cara-cara
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
  4. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  5. Seelok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus. 
 
 
**TAKZIAH BUAT KELUARGA MAT GEBU (DAPUR TANPA SEMPADAN) DI ATAS PEMERGIAN KAKANDANYA YANG TERSAYANG..SEMOGA KELUARGA ARWAH TABAH & REDHA MENGHADAPI KEHILANGAN ITU**

13 Oktober, 2010

SAMBAL PATIN GORENG

Apa menu nak masak ha? Yang ada ikan patin dengan kepala ikan kerapu....dah puas ditenung2 ke dua2 ikan tu, maka terhasillah lauk untuk makan malam ni, hiihiii...ikan patin lagi, semalam pun dah masak ikan patin tempoyak, kali ni resepi Ana ambik dari orang yang sama. Mas..katanya hanya dia je gemar ikan patin, hubby dia tak layan patin nih, Ana lak cik Abe yg terlebih gemar, kita ambik lebih kurang je..kata orang tolong masak & tumpang secubit 2 la...hihi...err..bole caya ke?
 
 
 
Rasa ikan ni belum tahu le lagi kena tunggu Cik Abe balik & makan2 bersama-sama baru ada berkat, ye tak? Tapi InsyaAllah sedap...

Resepi Sheila Rusli kata Mas..Ana kopipes yo...
Bahan :
  • 2 ketul ikan patin - dicuci bersih dengan air limau / asam jawa
  • 10 biji cili kering yang dikisar
  • sedikit udang kering - direndam kejap , toskan  ( tumbuk halus )
  • 2 biji bawang besar - dikisar halus
  • sedikit bawang putih - tumbuk halus
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • gula, garam serbuk perasa 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
Cara memasak :
 - Lumurkan ikan patin dengan garam, kunyit dan sedikit tepung gandum dan goreng hingga garing. Ketepikan. Tumis bahan2 kisar dan tumbuk hingga garing dengan minyak secukupnya,kemudian  masukkan sos cili, sos tiram, gula ,garam dan serbuk perasa secukupnya, masak hingga sambal garing. Masukkan ikan patin dan sebatikan. Angkat dan letakkan dalam pinggan.

SIAP..hehhe...

28 September, 2010

Cencaru Sambal & Jantung Masak Lemak

Fuuuhhh...lega dah siap masak..boleh goyang-goyang kaki je petang2 ni sambil tunggu kek pisang siap...biasa masa ni belum apa-apa lagipun...hihi...saje terrajin sikit...pasni nak out ler, nak layan Hannah jer...sebelum melabuhkan tirai blog untuk hari ini..Ana tayangkan ajer menu ringkas yang semua orang tahu buat nih...makan ngan nasi panas2 memang sedap tambah2 ada lak petai jeruk tuh pasti teeerrrangkat Cik Abe Ana nanti..haha..ada yang marah nanti dengar pasal petai nih...

iniler rupa cencaru sumbat sambal kiter...hensem tak??

Ini pulak masak lemak jantung pisang abu...

Masak lemak jantung pisang..bukan jantung orang yer...
Cara buatnya :
Jantung pisang dicelur...dibelah/potong ikut suka

Bahan Blend : 
  • Bawang besar
  • Ikan bilis
  • Cili merah
Bahan lain :
  • Santan
  • Ikan bilis
  • Daun kunyit..jika suka

  1. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam periuk bersama sebahagian lagi ikan bilis & santan.
  2. Biar sehingga santan mendidih, sentiasa kacau supaya tidak berketul..
  3. Dah mendidih masukkan jantung pisang yang dah siap dipotong tadi, tambah garam & gula secukup rasa
Okey kawan-kawan...salam mesra buat semua & jumpa lagi esok...InsyaAllah

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...