Jumaat, 23 Januari 2015

KARI TELUR IKAN

Pertama kali barulah merasa yang sedap, sebelum ni masak tapi rasanya hanyir..berkeladak..tak masak dalamnya..haha..bantai je buat..kesian.

Lepas tengok cara2 yang betul kat blog YUNUS BADAWI tu, kira dah lulus lah kiter..

Petuanya : keluarkan telur itu daripada kantongnya untuk mengelakkan bau hanyir ketika dimasak. Yesss!! lepas tu saya cuba buat, Alhamdulillah sedap lah santap, asben apa lagi, dia yang nak sangat makan..


KARI TELUR IKAN
Sumber : Dari Dapur Zurena
  • Telur ikan - (telur ikan duri @ sembilang/mayong ) - sarung telur ikan digunting supaya telur ikan masak./saya keluarkan dari kantungnya & toskan.
  • 1 bungkus serbuk kari ikan
  • mangkuk santan
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
 Bahan tumis:
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 tangkai daun kari ( jika suka )
  • Sedikit minyak untuk menumis
 Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2 .Masukkan rempah. Kacau rata. Masukkan air asam jawa.
3. Masak sehingga rempah masak. (pecah minyak)
4. Masukkan santan kacau rata. Masukkan telur ikan. Kacau sekali sekala. Apabila telur ikan dah masak masukkan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat tambahkan air.
 5. Biarkan gulai itu mendidih dgn api yg perlahan.  Kacau sekali-sekala. Angkat dan bolehlah dihidangkan.


5 ulasan:

lia ummiirfan berkata...

fuyoo.. tak pernah buat kari telur ikan gini.. menarik gak ekk..

adda syuhada berkata...

sedapnyerr...

maria berkata...

mcm ni rupa telur ikan ek..
saya ingatkan yang macam berbiji2 panjang2 tu..
nice recepi, kalau jumpa telur ikan macam ni boleh try masak.

Sakit Senggugut Rupanya Sakit Seperti Contraction Bersalin!!

Nooriah Abdullah berkata...

dah lama tak makan telo ikan macam ni, sedak wehhh

maz berkata...

Assalamualaikum...msuk dpur ana memlm ni sure dah kemas smua meja tuu...kmaz xprnah mkn lgi telur ikan yg sbjik2 gini...jakun kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...