Isnin, 28 Februari 2011

IKAN BAKAR & AIR ASAM YG MEBELES

Assalamualaikum...

Sebelum mulakan n3 tentang makanan dsbnya..Ana nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 34 buat suami tercinta, yang jatuh pada hari ini..semoga hidup kita sentiasa di dalam Rahmat Allah sehinggan akhir hayat, InsyaAllah..

Menu yang tengah top kat rumah ni sejak 3 hari lepas..sekali buat, kena buat lagi & lagi..Cik Abe kata sedap sangat,..pernah sekali makan kat Restoran Sekinchan Ikan bakar, Gombak...kebetulan haritu tak masak, jalan2 pun area situ gak, apalagi, masuk & order ler..setakat ni rasanya ok la kot, ikan bakarnya sedap & segar, maklum kita sendiri yang pilih kan..tang nak membayar tuh..RM95.00 lbh krg nya..rasanya sesetengah orang takdela heran sangat kan nak makan kat situ selalu..bagi kami sesekali bolehla..hehe..2 pinggan nasi biasa, 3 pinggan nasi separuh, seekor ikan pari, seekor ikan bawal & sepinggan kerang..sup untuk anak2 sekali..berbaloi le kot..tapi kerang tu sepinggan RM14.00..uiii..terkojut tergodang mak aii...hikhik..apa2pun kira dah kenyang & tak payah masak untuk haritu tak kisahle kan..hehe


Mula2 buat rsp Kak Nor ni, Ana guna ikan sebelah, jenis yg besar & banyak isi, kali ke 2 buat guna ikan cencaru pulak..air asam tu tak habis, letak dalam petiais, boleh makan lagi kan..tapi Cik Abe kata sedap..sedap..dok beli lagi ikan khas utk bakar..maknanya sedap sungguh le tuh....haaa..tak cayer meh buat sesama..kita copy resepi dari dapo kak Nor yang baru usai menyambut besday dia dengan red velvetnya..Happy Birthday kak Nor...

Resepi Ikan bakar


  • 1 keping ikan pari ~ terpulang la kalau nak guna ikan lain
  • 3 sudu besar air asam jawa yg pekat
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar kicap manis
  • sedikit belacan ~ bakar dulu kalau nak lebih sedap..*Ana guna petis udang
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 tangkai daun kesum
  • garam
  • daun pisang ~ optional
Cara-cara :

  • Bersihkan ikan pari dan toskan.
  • Gaul semua bahan2 kecuali daun pisang :)
  • Lumurkan pada ikan pari dan perap sekurangnya 1/2 jam. (letakkan sekali daun kesum pd ikan)
  • Bakar ikan dlm aluminium foil yg dialaskan dgn daun pisang hingga masak. Ni kaedah kalau bakar atas dapur gas.
  • Kalau bakar dgn menggunakan dapur arang kayu lagi best.
  • Nak bakar/gril dlm oven pun boleh, terpulang la ya..
  • Hidangkan bersama dgn air asam.

AIR ASAM



Sumber : Kak Nor punya Style
  • 9 bj cili padi ~ dihiris
  • 1/2 bj tomato besar ~ didadukan
  • 1 labu bawang besar (saiz sedang) ~ didadukan
  • 1 in belacan ~ dibakar
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit daun ketumbar ~ dihiris..*Takde, guna daun kesum, hiris
  • 2 sudu besar sos ikan ~ optional
  • air asam jawa pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula

Gaulkan kesemua bahan hingga sebati dan boleh la dihidangkan.

 SELAMAT MENCUBA....

7 ulasan:

Mas berkata...

mas pun suka ikan bakar ngan air asam...
sedapnya..

K.Nor berkata...

^____________________^ dah kembang ni haa... sengih dah ke tinger :)

mekasih ana ya sudi try dan sudi promot :)

Cendana Kasih berkata...

pergh...meleleh air liur nengok ikan bakar air asam ni...takpe...sabo..malam ni haku wat plak...

zarin berkata...

huh, baru habis dinner tp lapor balik bila tengok air asam ni

Encik MamaT berkata...

testing

haniQaseh berkata...

baru tengok dah terliur nie...nak buat mcmana nie haaa...nak sikit kena la buat sendiri kan....

Wattie berkata...

Salam Ana,
Fuhhh ikan bakaqqqqqq ngan ayaq asam.. best nih....famili akak semua suka. Kalau buat mesti mkn bertambah, lepaih mkn ikan bakaq pekena pulak ais krim kat bawah tu....perghhhhh alangkah nikmatnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...