Isnin, 28 Februari 2011

AISKRIM COKLAT

Musim panas ke ni? sesuai le dengan menu2 sejuk kan..hihi..tapi kat rumah ni tak kira musim, kalau aiskrim, cepat je nak makan, sejuk ke tidak tu hal lain kan..maklum budak2...yang bukan budak2 pun tumpang sama..sebenarnya aiskrim ni dah selesai dimakan kami anak beranak, dah 3 hari dah pun, baru nak keluar kat sini..haha...



Dah ramai yang cuba buat aiskrim sendiri ni,mula2 tertarik dengan tayangan kat dapo IZAH, pehtu MAS lak keluarkan aiskrimnya dari peti ais..tak boleh tahan, kena gak buat..anak2 suka sangat, balik2 sekolah terus tanya, mana aiskrim..resepi asal ialah Ice-Cream Vanilla bersama puri mangga, tapi Ana cuba buat separuh adunan & menggunakan susu coklat..maka jadilah aiskrim Coklat kan..hehe..

Ok, ini resepi Aiskrim Coklat yang Ana buat..
  • 2 1/2 cawan serbuk coffemate
  • 2 1/2 cawan susu segar perasa Coklat Dutch Lady
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 susu besar coklat emulco
Cara :
  • Satukan semua bahan kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan. Ana guna blender je
  • Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam peti sejuk.
  • Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer/blender sekali lagi hingga lembut. Teksturnya lebih halus.
  • Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
  • Bila telah beku boleh lah di hidangkan dengan coklat chips & coklat urai berwarna
Ini pula resepi asal Aiskrim Vanila bersama puri mangga, Ana nak letak kat sini untuk rujukan akan datang..*sbnrnya skrng ni tgh buat aiskrim vanila tau..*hehe..

Sumber resepi : Kak Wana

Resepi Ice-cream Vanilla bersama puri mangga

Bahan-bahan untuk Ice-Cream
  • 2 1/2 cawan serbuk coffemate
  • 2 1/2 cawan susu segar 
  • 2 sudu kecil essen vanilla
  • 3 sudu besar gula

Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan.
  • Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam peti sejuk.
  • Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut.
  • Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
  • Bila telah beku boleh lah di hidangkan dengan puri mangga.

Puri Mangga.
  • 2 biji mangga yang telah masak
  • 1 biji lemon ( ambil jusnya)
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air
cara-caranya
* Satukan semua bahan kemudian masak di atas api hingga gula larut dan agak pekat sedikit. Kemudian  sejukkan.

Cara menghidang.
Cedukkan ais krim ke dalam sandy glass kemudian lapiskan dengan sos mangga. Buatlah 2 lapis kemudian hidangkan dengan potongan hirisan mangga segar.

2 ulasan:

Mas berkata...

haaa..sedappkan aiskrim ni.....
hambik kau..buat lagi..wakakaka....

Anna Qawina berkata...

hah..tu ko tah2 berapa kli buat dah tu...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...