Isnin, 28 Februari 2011

BINGKA JAGUNG

 Assalamualaikum w.b.t.

Selamat pagi buat semua..harap sihat2 adanya ya..dah sarapan ke? Harini Ana cuma masak nasi putih bersama sambal kerang je untuk suami yang nak pergi kerja tadi..budak-budak pulak makan donut mayonis yang Ana buat petang semalam, goreng kejap & simpan dalam peti ais, pagi ni cuma goreng balik kejap..bekal pun donut itulah..senang kan..

 


Di samping tu, petang semalam juga, sambil2 tunggu BM uli donut, sempat juga bancuh kuih bingka jagung ni, ada jagung krim yang dah banyak hari buka, nak dibiarkan lama-lama tak elok kang terbuang je..jumpa resepi simple kat Myr..sedap sangat tau, manis pun sedang elok, nak buat tu senang aje..cuma jagung tu Ana blender bagi hancur sikit, takle rasa ketul2 jagung bila makan..

 

 

Ana kongsikan pula resepi tu kat sini, terima kasih tuan empunya resepi..Ana buat separuh dari adunan, guna loyang petak 7 inc. Makan masa suam-suam, terasa nikmatnya..hehe...

 

Sumber resepi : fidadaud@myresipi

 

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 250gm tepung gandum
  • 2 sdb tepung kastard
  • 250gm gula pasir
  • 400 ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 4 biji telur
  • 2 sdb butter - cairkan
  • sedikit esen vanilla
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • secubit garam
  • 1 tin jagung krim

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan kecuali jagung. Adun sebati.*Guna senduk je..
  2. Masukkan pula jagung. Jika anda tidak suka jagung agak kasar, bolehlah kisar sedikit jagung tin ini terlebih dahulu.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang digris dengan minyak/butter. Bakar pada suhu 180 degree selama lebih kurang 1 jam 20min. Jika suka kuih yang lebih garing pada bahagian luarnya, boleh lebihkan masa membakarnya sehingga bahagian tepi berwarna keemasan.

4 ulasan:

izahdaut berkata...

lorr..sedapnya..
weh donut mayo lagi ye
aku pun cam nak cuba la donut mayo tu.lom datang aura nyer lagi..

weh besonya labu.aku beli tu labu comel2 je.sebijik tu ada kot 70 sen je..itu pun dah banyak dapat.rasa labu tu maniss je sedap..buat pengat pun sedap.ala ko beli je ana, banayk leh buat tu..buat cekodok labu pun best gilos

Anna Qawina berkata...

izah : ku suka buat yg sonang2 jo..hihi..
tang labu tuh, kang aku beli besar gedabak, hari2 keluar menu labu..tak pasal2 ko jeles lak..haha...nanti nk soh somi aku cari gak..

Mas berkata...

wahh..sedapnya bingka jagung..
mas tak try lagi....he..he..
masuk list dulu..he..he..

Anna Qawina berkata...

Mas : tryle...list? berapa ms dah list ko eh? mana panjang dari list aku? kehkeh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...