Sabtu, 26 Februari 2011

UDANG/SOTONG BERSOS PLUM

Assalamualaikum..

Harini belum masak apa-apa lagi, hajat nak masak ikan siakap sweet sour jela..semalam dah masak ikan patin tempoyak, disamping ikan bakar resepi kak Nor tu..memang sedap sangat..itu menu nanti2le keluar ye..ni lauk yang dah berapa hari buat Ana sendiri pun dah lupa..hehe...terliur tengok ramai yang dah buat, masa pergi Mydin haritu, cari sos plum Life..jumpa & ambil 1 botol dulu, nak cuba..dah beli,dekat sebulan baru dapat buat resepi yang dah lama simpan ni..hehe..


Ana guna sotong macam yang Izah buat tu, tapi dalamnya tambah sayur-sayuran, nak makan pun senang kan, takpayah masak banyak-banyak menu...meh kita layan resepi, Ana taruk kat sini lak..untuk rujukan sendiri & teman2 yang berkunjung..terima kasih tuan punya resepi..

UDANG/SOTONG BERSOS PLUM
resipi : CMG
sumber : K.Nor@SecubitGaram & Izah

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 15 ekor udang saiz besar *tukar sotong gan digoreng sebentar
  • 1/2 camca teh lada sulah serbuk
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji bawang holland, dibelah 6
  • 1/4 biji red capsicum, didadu
  • 1/4 biji green capsicum, didadu
  • 1/4 biji yellow capsicum, didadu
  • 1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ k.nor tak letak sbb tak ada stok*tak letak gak
  • 1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
  • 1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
  • Sedikit garam jika perlu
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • **sayur-sayuran pilihan..Ana tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  • **Untuk sotong, potong ikut suka, perap dgn bahan2 yang sama & goreng sekejap je, kalau lama nanti sotong liat.
  • Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
  • Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

* K.Nor tambah 7bj cili padi yg dihiris serong utk lebih rasa pedas dlm masakan ni..sama gak..hehe
*Ana biarkan lauk ni berkuah sikit, anak-anak boleh makan sama kuah tu..

3 ulasan:

izahdaut berkata...

betul ana..aku pun suka tambah sayur cam tu..dah nampak cam padprik pun adakan..tapi memang best

Mas berkata...

arrgghh..jadi teringat lak kesedapan resepi sos plum ni....

Naz berkata...

Sedap..sedap... Masakkan utk Naz anna...hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...