Jumaat, 25 Februari 2011

9th Anniversary..1 Anugerah Kehidupan

Assalamualaikum...

Semalam..24 Februari 2011..genaplah 9 tahun usia pernikahan kami...Terasa masih segar diingatan saat ijabqabul..tak sedar dah 9 tahun berlalu..tak sangka pula dah ada 4 orang zuriat..ke 5 InsyaAllah akan menyusul kemudian..Maaf..tiada sambutan kat Taman Tasik Titiwangsa dikelilingi pengiring cilik bergaun putih hitam...di samping bunga-bungaan segar..& di arak keluar sambil melambai-lambai bagai Puteri Diana tuh......cukup sekadar mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya yang cukup bermakna di muka bumi ini..


Terima kasih Ya Allah atas nikmat & rahmatMu ke atas kami, hidup bersama seorang pria yang menjadi kebanggaan keluarganya..menjadi sanjungan anak-anaknya..tidak ternilai bagi diri ini..Terima kasih buat suami yang penyabar..(isterinya ini kurang sabo..)..beriman & mampu mengimamkan solat kami..(Pak imam surau gak ni..)..yang berusaha keras bagi memastikan anak isterinya hidup selesa & sempurna seadanya..

9 tahun, tempoh yang agak baru bagi sesetengah orang, bagi kami juga..agak banyak juga ujian-ujian yang telah kami tempuhi sepanjang hidup bersama..dari tak ada apa-apa kepada "ada-ada aje" sikit..kepayahan & kesulitan telah kami lalui dengan hati yang redha...Alhamdulillah, kini hidup lebih bahagia & sempurna bersama anak-anak tercinta...amanah yng DIA telah berikan kepada kami..

Untuk anak-anak, jika suatu hari nanti kalian menbaca nota ini..ketahuilah betapa kami amat menyayangi & berhasrat mendidik kalian dengan ilmu dunia akhirat yang secukupnya..ketegasan & kemarahan tidak bermakna lahirnya kebencian..tetapi lebih kepada pendidikan & disiplin diri..moga2 suatu hari nanti, kalian menjadi insan soleh solehah dunia akhirat..

Buat teman-teman yang tahu tentang tarikh ini, & hantar ucapan, terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan & doa kalian..semoga kita semua hidup aman bahagia, penuh rukun harmoni..sentiasa berlandaskan syariat Allah..& sentiasa berusaha menuju Jannah yang abadi..Amin..

12 ulasan:

zarin berkata...

laaa what a coincidence. tarikh kawin kita sama laaaa.. saya pun kawin on 24 feb 2002
anyway, happy anniversary to you ye!

Mas berkata...

happy anniversary anna,
dah 9 tahun yer...
moga bertambah bahagia disamping insan2 tersayang....

Anna Qawina berkata...

zarin : ya ka? hihi..meh kita potong kek sesama...t.kasih jugakle..

Mas : T.kasih...InsyaAllah..bahgia sesama yer..

Kak Rosaliza berkata...

asalam ana...oh akk ingatkan ari ni rupanya semlm...kalo ari ni sama ngan akk tarikhnya hehe

happy anniversary ana n suami

izahdaut berkata...

happy 9th aniversary..
semoga berbahagia selalu dan gumbira disampnng anak2 tercinta..
semoga kasih sayang anda berdua berkekalan hingga ke akhir hayat..

...mommy jue... berkata...

tahniah ye..
9 tahun tempuh segalanya bersama kan.. bukan senang nak kekalkan kebahagiaan rumah tangga nie kan?
semoga kekal hendaknya hingga ke akhir usia

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

As salam Ana.."happy Anniversary yg ke 9 tahun!"....semoga rumahtgga yg trbina sekian lama akan terus kekal & bahgia hingga ke akhir hayat.AMIN
Arini cuti msk ker?g mkn2 kt luar tuk sambut anniversary?hihi K.atie lak yg nyibuk yer.....

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Anna...


"SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YG KE 9" Semoga bahagia, harmoni, sejahtera dan berkekalan sehingga ke akhir hayat..Aminnnnnn....

Ayu berkata...

Happy Anniversary to both Ana & hubby ya.Semuga berbahagia disamping kelurga tercinta..mudah2han diberkati allah hendaknya..

Badariah berkata...

assalamualaikum ana..
alhmdllh..tahniah & selamat ulang tahun perkahwinan..semoga kekal hingga hujung nyawa & semoga ana berbahagia di samping family yg tersayang..amin.

K.Nor berkata...

wahhh wedding anniversary semalam ya.. happy annivesary buat anna dn suami.. semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat disamping anak2 tersayang.. amiinnnn

Anna Qawina berkata...

terima kasih buat semua yang mendoakan..InsyaAllah sama2 kita hidup bahagia hingga ke syurga...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...