22 Februari, 2011

CHOC.CHIPS RAISINS MUFFIN

Assalamualaikum..

Selamat petang..*yela dah petang ni kan, takkan nak ucap selamat pagi kot..*..lewat entry harini, tapi pagi2 lagi dah merewang2 ke dapo orang, jenguk2 apa yang ada untuk jamu mata kan..hihi..Terlebih dahulu Ana ada baca kat Blog Kak Chik kisah Bob Lokman yang berhijrah tu..Tahniah & Alhamdulillah kerana diberi Hidayah oleh Allah..tak kisahla soal politik yang nak dibawa tu, yang ptg niat beliau nak mendalami ilmu agama tu yang kita syukur sesangat..semoga Bob Lokman & keluarga sentiasa disinari cahaya Ilahi..Amin..


Muffin lagik? hehe..pagi-pagi lagi lepas semua dah keluar rumah, Ana buat muffin ni, resepi dari majalah juga, tapi yang ditulis dlm majalah tu tak lengkap, mungkin salah cetak kot, jadi Ana olah sikit cara buatnya tu & kongsikan kat sini lak..bukan nak tunjuk hebat le, jauh sekali nak lawan RATU MUFFIN kan..hehe..buat sekadar untuk mencuba & bagi Adam & Akmal bawa ke sekolah tengahari tadi..


Alhamdulillah, rasanya sedap, ada rasa macam kek butter, lembut kat dalamnya, bila gigit muffin ni sedap pulak rasa kismis & choc.chips tu..cuma Ana sarankan letak Choc.Chips tu lebih sikit..baru menawan mata & tekak..hehe..*Ana boh sikit..jimat tau @..kedekut?* heheh..


Resepi
CHOC.CHIPS RAISINS MUFFIN
Sumber Resepi : Food Institut Of Malaysia (FIM), Majalah SDK April 2007(Muffin Raisin)
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
  • 100 gm mentega
  • 125 gm gula kastor
  • 125 gm telur..lbh krg 2 bj telur saiz A
  • 188 gm susu cair/ susu segar
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sdk serbuk penaik
  • secubit garam halus
  • 1 sdk esen vanila
  • 30 gm kismis..Ana cincang kasar
  • Choc.Chips secukupnya..optional

Cara-cara :
  • Ayak tepung bersama serbuk penaik & garam halus, ketepikan
  • Pukul gula bersama mentega sehingga betul2 kembang.
  • Masukkan telur satu per satu bersama esen vanila, putar sebati.
  • Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik & garam tadi berselang seli dengan susu segar/cair, buat sampai habis.
  • Kacau rata, kemudian tambahkan kismis, putar sekejap.
  • Masukkan choc.chips, gaul guna senduk bagi rata.
  • Sudukan ke dalam mangkuk muffin 3/4 penuh.
  • bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 165'C selama 15-20 minit @ sehingga masak..bergantung kpd oven masing2..
**Untuk buat corak kat atas muffin tu, ambil sedikit adunan, campurkan dengan sedikit emulco coklat, gaul sebati sehingga rata, sudukan sedikit ke atas adunan muffin yang warna plain tu, ambik lidi/chopstick, pusing2 ikut suka le..ala2 marble gitu..

**Bila dah masak, tutup suis oven, biarkan muffin anda di dalamnya, buka sedikit pintu oven, lebih kurang dah suam2 bolehla keluarkan, ini nak bagi muffin yang naik cantik, merundum secara tiba-tiba..

Selamat Mencuba..

5 ulasan:

izahdaut berkata...

Waaaaa...cantiknyaaa mapin corak2 gini..
Aku dah gian dah nk bermapin neh..
Hihihu..tunggu..

Suara Kalbu berkata...

Dari kerana mata.. yang mempunyai kuasa oooooo aku terguda aku terguda dengan muffin ini Anna

Ayu berkata...

Assalam ana..
alahai sedapnya akak tengok mapin ni!!lembut & gebu ..bolehlah masuk list...as usual..panjang benor dah list kuuu..

Dini's Mum @ Ayu berkata...

Rajin betulla Ana ni..itulah kelebihan full time house wife. Kita orang yang bekerja ni..kenalah curi-curi masa..

intan morsalin berkata...

hi ana;leh share x ana guna oven cne,sya tgh usha oven ni n mmg xtau sgt pasal oven..kalau leh nak gak advise dr ana..kot2 ana leh suggest oven cne yg praktikal..tqvm ana

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...