21 Februari, 2011

MUFFIN COKLAT SUSU

Assalamualaikum..

Sekarang masa lebih lapang sikit, sibuk-sibukkan diri pagi tadi dengan hidangan petang ni, tapi sebenarnya lebih kepada bekal Adam & Akmal ke sekolah kebangsaan..Donut Mayo yang buat petang semalam tu dah tinggal 4/5 biji, tak cukup le nak bagi budak-budak ni makan kat sekolah..koman-koman 4/5 biji sorang....suka betul diaorang dengan Donut tu..Umminya pun suka gak sebab nak buat tu senang..timbun je dalam BM..hehe..*dah ada kemudahan, guna ajela kan..*


Resepi Muffin Coklat Susu ni Ana dapat dari Majalah SDK Julai 2006...tengok resepi malam tadi sambil2 dok layan hati sedikit kuciwa sebab tak dapat pergi dengar ceramah Maulidurrasul kat surau sini, plan asal nak pergi & bawa ank-anak sama..tapi pk punyala pk, Cik Abe risau lak bebudak ni kacau orang solat (ceramah tu lps Maghrib..)..terus kensel je..nak solat kat rumah pun lintang pukang, kejap panjat belakang, kejap baring atas sejadah..tu belum menangis nak itu ini..baik dok diam-diam kat umah je..kena tunggu anak-anak besar sikit lagi baru dapat ke tempat2 majlis ilmu macam tu kan..sabo ajela..


heheh..pehal bagi ceramah lak ni..dah tak dapat g dengar ceramah, nak ceramah kat sini lak ek..kuikui...ok..berbalik pada gambar mapin tuh..sedap tau, lembut & gebu macam kek je..suka sangatla budak-budak, nak2 lagi Ana deco sikit dengan coklat keping, 4 biji sorang Adam & Akmal bawa g sekolah, tu belum kira makan kat rumah lagi..dapat banyak gak, lebih kurang 26 biji, saiz kecil punya cup..

Nak kongsikan pulak kat sini, mana tahu ada yang nak mencuba kan..silakan..

MUFFIN COKLAT SUSU 
Sumber Resepi : Pn.Noraini Adnan, Kelana Jaya, Majalah SDK, Julai 2006


Bahan-bahan : (26 biji muffin saiz kecil)
  • 125 gm mentega..Ana guna marjerin je
  • 100 gm gula kastor
  • 2 biji telur, saiz B
  • 50 ml susu coklat..Ana guna susu cair je..
  • 100 gm tepung beserbuk penaik..Ana guna tpg gandum + 1/2 sdk baking powder + secubit garam (ayak bersama)
  • 25 gm serbuk koko
  • 1 sdk esen vanila
  • coklat keping untuk hiasan

Cara-cara :
  • Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
  • Masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi.
  • Campurkan tepung bersama serbuk koko (Ana ayak) kemudian masukkan ke dalam adunan tadi berselang seli dengan susu sehingga habis.
  • Sudukan ke dalam mangkuk muffin 3/4 penuh.
  • Bakar di dalam ketuhar bersusu 180'C selama 20 minit/sehingga masak.
  • Keluarkan dari ketuhar, sejukkan dulu seketika baru ditekan hujung kepingan coklat hiasan tadi di tengah2 muffin..(Jangan buat masa muffin masih panas-panas, kepingan coklat akan melepek cair..hehe)
  • Yang putih2 tu Ana tabur sedikit gula icing, sebelum diletak kepingan coklat..ala-ala snow gitu..hehe

Selamat mencuba..


7 ulasan:

Gimi berkata...

Nampak macam sedap je

zarin berkata...

comel muffin ni..nampak sedap pulak

Anna Qawina berkata...

Gimi : nampak & rasa betul2 sedap..cubalah...

Mimiey.. (^-^) berkata...

sedapnye kak ana..nak2 ade coklat kt tengah tu,memang mie capai coklat dulu baru makan keknya...hehhehhe...nanti nak tryla

Anna Qawina berkata...

zarin : ye sedap..cubalah..ada rasa cam kek span tp kaya ngan coklat..tak boh kaya tau...hihi

Mimiey ; heh..kena cepuk tangan budak nih, ada ke nak ambik coklat dulu..makan terusla skli ngan kek, baru rasa nikmat coklat berganda tuh..hehe

K.Nor berkata...

nampak chedap la ana..

Nazrah berkata...

tertenggek jer coklat tu..kita pun dah lama tak memapin..mintak resepi yer..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...