Rabu, 23 Februari 2011

ZUTTO FUWA-FUWA MUSHIPAN

Pertama kali tengok tajuk nih kat blog Maisya..malam tadi, dok sibuk pk nak wat apa bekal anak-anak harini, maka jumpa rsp ni...bahasa Jepun katanya..bahasa Melayunya Apam le gak kan...hihi...Kira Ana terbahasa melayukan ia...kalau salah ampon le..kena tanya Cekgu Hana kot nih...Apam Gebu Selalu..hihi..t.kasih Maisya..(copy je dri blog dia nih)


Bila masak, senyum lebar je kuih ni, kembang setaman pun ya..anak-anak senyum panjang maklumle nampak choc.chips tu tertonggeng-tonggeng atas & dalam apam..hikhik..sabo jela  kan..


Meh tgk rsp yang dapat dari blog Maisya nih :

Zutto Fuwa-fuwa Mushipan http://cookpad.com/recipe/747785

Bahan2 :
  • 160 tepung kek (Ana guna tepung gandum biasa je mcm Maisya)
  • 40g serbuk koko
  • 2 sudu teh baking powder
  • 100g gula halus
  • 200 ml susu segar..Ana guna susu cair
  • 4 sudu besar minyak
  • 80g coklat chips


Cara2 :
1.Panaskan kukusan.
2.Satukan gula, susu segar dan minyak.
2.Di dalam bekas lain, ayak dan gaul rata tepung, serbuk koko, serta baking powder. Campurkan kepada bahan dalam langkah 2. Kacau rata hingga smooth.
4.Tambahkan coklat chips dan gaul rata.
5.Alaskan acuan dengan papercups dan tuang adunan. (3/4 cup)
6.Kukus dengan api yang besar selama 10 minit

4 ulasan:

Mas berkata...

wahh..apam la...
terliur mas tengok...
rasa macam kek coklat ke kak....
memang tak de telur yer...

Cendana Kasih berkata...

rajinnya cik Ana.. aku yang tak mengandung ni pun malas kemain...ish ish ish...

meh campak sini seketui..kita kongsi ngan Ryan..hehe

izahdaut berkata...

cam mapin kukus pun ada gok kan ana?
ke rasa cam kek ni?
mmg nampak lawa betul warne nya tu..mewah ngan coklat tuuu

Anna Qawina berkata...

Mas & Izah : apam nih rasa dia sedap, penuh ngan coklat kan..tp teksturnya sedikit padat, tp masih lembut w/pon sejuk..hehe...

Norma : kalau ngandung gamaknya ghajin tak eh? hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...