Jumaat, 3 Jun 2011

APAM PISANG CHOC.MILO

Assalamualaikum
Selamat pagi kawan2..Salam penuh Barkah di hari Jumaat, semoga hari anda sentiasa diberkati....

Sarapan apa pagi ni? Kami kat sini biasa2 je sarapan, lepat pisang petang semalam ada berbaki lagi bersama dengan apam pisang yang buat malam tadi..nak kurangkan sikit stok pisang emas yang banyak lagi tu..buat untuk anak-anak makan..tapi mengikut citarasa & anak tekak yang membuatnya, apam jenis ni sedap dimakan panas2..dengan warna yang kurang ceria, rasanya pun biasa2 je bagi kita..tetapi teksturnya memang lembut & bila gigit rasa pisang betul..cuma dalam bahan2 tu ada tambah milo bagi pekat kot rasa coklat..tak tahule kalau orang lain buat jadi lain & lebih sedap..anak-anak makan time panas2 je malam tadi,elok je makan..budak-budak kan..pantang ada rasa2 coklat, makan je..tapi Ana kurang suka..walaupun begitu, tetap nak kongsikan kat sini, kot2 ada yang nak mencuba, bagi yang suka menu pisang, elokla cuba dulu, mana tahu kena dengan selera..


APAM PISANG CHOCMILO
CnP: Hanim

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu makan milo
  • 1 sudu makan koko
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur - pukul sedikit
  • 1 cawan minyak -
  • 1 cawan gula perang @ gula halus -
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 1 sudu makan susu cair @ susu segar (optional)
  • coklat chip secukupnya *Ana letak choc.rise
  • hirisan pisang untuk hiasan

Caranya:
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. Ayak bersama tepung gandum, soda bikabonat, baking powder, milo dan serbuk koko. ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, minyak @ butter cair, gula, dan susu. kacau hingga larut.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam campuran puisang tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.
5. Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh.
6. Taburkan coklat chip di atasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
6. Kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit.

5 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak! aduhhhhhh kita tgh kebingunggan nak dikerjakan apalah dgn pisang kita yg tggl 3 biji besor2 tuuu, dr semalam pkir nak buat kek pisang ke apa hihihi... hari ni tgk kulitnyer dah itam separuh ahahaha..... lama jugak tak buat apam pisang sbb kita suke benda2 yg ada rasa pisang tp kalau mkn gitu jerr pisangnyer ada sikit kureeenggg :D

Anna Qawina berkata...

Ika : baik buat apam/kek pisang karemel ka fida tu..yg mmg sedap..berbaloi nak habiskan stok pisang..hehe..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Anna..bau pisang nie dah sampai ke perak larrr...

Kak Sam berkata...

waaa macam2 ada...

HaSue berkata...

menu pisang!menu pisang!maklum laa,ada pisang setandan kannn..hihi..aku nyer pisang lom masak tu..nanti nak wat menu apa tah...cam x rajin je nak wat.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...