Selasa, 31 Mei 2011

KARI IKAN ALA INDIA CMG

Dah masak untuk makan tengahari? Belum? Laaa..samala kita..hehe...awal sangat kan nak masuk dapur, yang dikeluarkan ni menu petang semalam..stok bahan-bahan masak kat dapur dah hampir pupus, *paham-paham jela kan..*jadi cari punya cari jumpa menu yang kebetulan ada je bahan-bahannya..simple & cepat dimasak..Lagipun tak pernah lagi buat kari ala India ni..sedap jugak, kuahnya boleh cicah roti lagi..cuma terung & cili hijau/merah takde stok, jadi Ana cuma letak tomato & lobak merah je..

 

 

Asalnya jumpa resepi ni kat blog Kak Ayu, tapi nak cari semula dah tak jumpa, kena loading lama sangat, terus terjah MYR jela, CMG dah letak kat situ resepinya..halalkan yer Cik Mat Ana tempek kat sini lak..terima kasih juga buat Kak Ayu yang mencetuskan idea..hehe

 

KARI IKAN ALA INDIA CMG

Sumber : Dapur Tanpa Sempadan/Mat Gebu@myresepi

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )


  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas")
BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus

Cara-cara


  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.

2 ulasan:

izahdaut berkata...

nak makan ngan roti canai banjir. sedap aku suke..makan ngan nasi dagang pun best

Anna Qawina berkata...

Izah : tak sempat nak tebar roti canai le..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...