Memaparkan catatan dengan label pancake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pancake. Papar semua catatan

06 Januari, 2016

Pancake Gebu & Sedap

Assalamualaikum w.b.t
Harini update bekal sekolah KAFA petang ni, pagi tadi bawa mee goreng dengan air kosong je, petang bawa pancake + choc.hazelnut Gardenia tu dengan air sirap. Sirap tu buat awal pagi simpan peti ais, nanti anak-anak tak adalah terliur sangat tengok air merah kuning yang dijual kat kantin kan..


Mudah je resepi ni, selalu buat zaman rajin berblog dulu2..hehe. Saya bancuh 2 adunan sekaligus tapi baking powder tu letak 1 sudu besar je, lain2 bahan gandakan. Cara saya juga nak cepat, terus campur semua bahan, kacau2 & tapis. Tak sempat perap, siap tu saya tapis & terus panaskan pan, guna 2 pan cepat siap kerja ok..

PANCAKE GEBU & SEDAP

*Buttermilk 
1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka makan/ perahan lemon
Biarkan selama 5 minit barulah digunakan.

Bahan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan susu segar @ buttermilk
  • 1 telur ayam
  • 1 sudu tea esen vanilla kalau suka
  • 2 sudu besar butter yang dicairkan @ minyak masak
  • sedikit garam

Caranya
  • Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
  • Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
  • Kemudian masukkan susu segar.
  • Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan digaul sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
  • sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
  • Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. *tak perap pun
  • ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.

08 April, 2015

WAFFLE SEDAP MAK TOK

Assalamualaikum..lahaii..kejap timbul kejap tenggelam, target nak update 1 hari 1 karangan nampaknya tinggal angan-angan..
Hmm..post terperap ni, sikit2 kurangkan list perapan okla kan..menu2 bekal anak, yang mudah2 aje..

Waahh...seronok buat waffle ni rupanya, anak2 kemain lagi makan & berbekal..napela tak cuba buat lama2 dulu...saya namakan resepi ni sempena nama femes Kak Noor iaitu Mak Tok..hehe
Waffle Maker ni dah lamaaa sangat beli..rasanya dah hampir 2 tahun kot tp simpan tak bukak2 rasmi..nasib tak tumbuh cendawan..hehe




Kali ni cuba rsp Mak Tok Iman yang tengah femes sekarang ni, dah siap ada buku resepi masakan lagi, haa sape2 berkenan bolehla pergi beli.

RESEPI WAFFLE SEDAP MAK TOK(nooriahnaim.blogspot)

Bahan -bahan :

  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak sayur/ minyak masak
  • 1 sudu besar gula
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanila


Cara-cara :

  • Pukul telur hingga kembang(guna whisk je)
  • Campurkan susu, tepung, baking powder, minyak, gula, garam dan esen vanila
  • Kacau rata.
  • Panaskan waffle maker, sapukan dengan sedikit minyak.
  • Tuang adunan waffle secukupnya, biarkan adunan merebak sendiri ke seluruh acuan & tutup penutup waffle maker tu.
  • Masak 2-3 minit @ sehingga keperangan, boleh buka tengok dah masak ke belum, jangan lama-lama nanti hangus pulak.
  • Hidangkan dengan apa2 filling/jem kegemaran


SELAMAT MENCUBA


17 Oktober, 2012

FLUFFY MOCHA PANCAKE

Assalamualaikum w.b.t..dah sarapan? eh..dah lunch?hehe..nampak sangat baru singkap langsir nih..

Dah berapa hari dah buat ni..lama betul tak buat sarapan, beli je..hehe..

Lepas nampak Kak Nor tunjuk haritu dok berangan nak buat, akhirnya terlaksana..resepi ni sbnrnya dah biasa buat sblm ni, suka tekstur gebu pancake ni..

Tapi Kak Nor punya Cuppuchino, Ana punya Mocha..blasah jer..takde rasa mocha sgt sbb letak sikit sangat kot..kaler pon tak cerah, maklum MOCHA..hehe./.

FLUFFY MOCHA@CUPPUCHINO PANCAKE
Fluffy Mocha Pancake By AnnaQawina

Bahan:

  • 1 1/2 cawan susu
  • 4 sudu besar cuka/jus lemon
  • 2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
  • 3 - 4 sudu besar gula castor
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur A
  • 1 sudu besar cappuccino paste ~ boleh dibeli di kedai bakeri*Ana guna mocha paste
  • 4 sudu besar butter ~ dicairkan

Cara:
  • Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
  • Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
  • Masukkan gula dan kacau hingga rata.
  • Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan cappuccino paste. Kacau. 
  • Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
  • Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
  • Kacau hingga adunan sebati. * Perapkan adunan 10 - 15 min ut mendapatkan hasil pancake yg cantik dan gebu *Tak perap pun, lupa..
  • Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
  • Masak hingga pancake masak dan angkat.
  • Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. (K.Nor suka makan dgn susu pekat hehe)...hee sama la...
Syifa' & Hannah, 2 puteri kecil kami sedang sibuk nak colet susu tu, kuihnya dah lunyai dicampak aje..pastu ambik yang lain lak cicah susu..heehe..

SELAMAT MEN'PANCAKE' 

**Jangan lupa singgah blog biz. Ana ya..

16 Jun, 2011

PANCAKE GEBU

Menu bekal Adam & Akmal sekolah kebangsaan harini, cadang nak buat pagi tadi, tapi 'R' kurang pagi-pagi kan..hehe..jadinya untuk petang la..sedap huuiii...memang gebuuss..taaapiiii dapat tak banyak, walaupun dah buat saiz kecil2, tetap dapat 8 keping je..mungkin akan buat lagi untuk sarapan pagi esok ni..tapi kena gandakan adunanla kan..maklum..anak-anak ramai..*umminya makan sikit jek..korang tak cayer kan?*

Jomla layan gambo jek..pancakenya dah licin ye..rasanya resepi ni dah ramai yang cuba kot..tengok kat MYR banyak jugak laporan masakan tu..sesiapa yang suka pancake harus cuba yang ni..


PANCAKE GEBU by AlongRoz@MyResipi

Pancake Gebu by AnnaQawina

 

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )


  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g Butter*marjerin je
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar*guna 100ml susu cair + 50ml air
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam

 Cara-cara


  1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah 
  2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh.
  3. Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Tambah bahan2 lain juga. Gaul sebati. 
  4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak.
  5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.
  6. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.

06 Jun, 2011

PLAIN YOGURT PANCAKE

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar teman2 yang berkunjung? Harap sentiasa sihat walafiat..kepada yang tak sihat macam Kak Nor@Secubit Garam & yang lain2 tu, harap makan ubat & rehat bebanyak ye..semoga cepat sembuh..

Dah sarapan ke? Jom bersarapan dengan pancake gebu ni..Harus buat menu ni kalau ada bahan..yogurt yang dimasukkan dalam adunan tu menggebukan pancake ni, gebu betul..anak-anak makan dengan jem & ada yang nak makan dengan buttercup..menu pagi semalam sebelum tuan rumah keluar membeli barang2 dapur..tekstur kat dalamnya tak sempat nak tayang..tapi memang gebu & sedap..cubalah..


Selepas siap mengadun, perap sekejap lebih kurang 30 minit, kemudian baru dimasak..itu pesan Ros..terima kasih Ros & Izah kerana berkongsi resepi..Oppss...Ana buat 2 adunan sekaligus, dengan menggunakan sebiji telur gred A & 3 sdk baking powder..bahan2 lain tetap digandakan macam biasa..
  
Homemade Pancake Mix

Sumber : Ros@Jintanmanis

Bahan-Bahannya :

  • 100 gram tepung gandum
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 125ml susu segar *Ana guna susu cair
  • 1 sudu makan butter yang telah dicairkan  dan disejukkan sebentar ( Izah guna marjerin..Ana guna minyak masak je) 
  • tambah 2 sudu besar plain yogurt



Caranya-
  • Satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi. 
  • Masukkan juga yogurt ke dalam adunan.
  • Perap adunan lebih kurang 30 minit agar adunan naik dengan cantik apabila digoreng.
  • Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. 
  • Selamat Mencuba.

15 Januari, 2011

Nestum Drops Scones...

Assalamualaikum..

Pagi Sabtu ni nampaknya cuaca cerah & segar, mungkin sebb petang hingga ke malam hari semalam hujan lebat, bersih segala debu-debu kotaraya ni..hihi..Dah sarapan? Pagi-pagi ni nampaknya ada yang marah-marah anak nampak? ngeeeee..sapekah ituw??..kat rumah ni pun dah bising pepagi suruh anak2 bujang berdua tu basuh kasut sekolah..ala-ala marah jugakle..hehe..kalau tak marah-marah tak jalan punyala dah tau dah..main air je lebih..


Ish..bebel lak..ni sarapan anak beranak (ayah kepada anak2 terkecuali sbb dah g kerja..)..hihi...resepi dapat dalam sisipan Nestum tahun bila ntah..adunannya agak pekat sebab kandungan serat Nestum tu, tengokle kejadian yang tak cun bila dimasak, tapi sedap..anak-anak mintak lagi, tapi dgn syarat.."Siapkan basuh kasut dulu..!!"..heheh..kejam tak?
Meh tengok  resepi...ala-ala pancake @ lempeng gakle ni..

Bahan A :
  • 150 gm tpg gandum, di ayak..Tak ayak pun...
  • 1 cawan Nestum Original
  • 2 camca besar gula kastor
  • 3 camca kecil serbuk penaik..Ana letak 2 sdk. je

Bahan B :
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 250 ml Nestle Milk..Ana guna susu cair je..
  • 1 camca kecil minyak masak
  • 1/2 camca kecil esen vanila

Cara :
  • Campurkan bahan A didalam mangkuk, kacau perlahan bersama bahan B.
  • Kacau sehingga campuran sebati & halus.
  • Panaskan mentega atas kuali (boleh guna non-stick pan), guna api perlahan, masukkan 2 sudu besar adunan scones, ratakan.
  • Masak sehingga kelihatan buih-buih udara. Alihkan permukaan (terbalikkan)..biar masak sepenuhnya.
  • Angkat & hidangkan bersama madu@mentega@ coklat cair..

Selamat Mencuba

10 Januari, 2011

PANCAKE ~Hajar~

Assalamualaikum..
Salam pagi Isnin, pagi ni sarapan bihun goreng dengan pancake..bancuhan pancake yang buat petang semalam, kebetulan ada tetamu berkunjung, takde menda nak buat..hiihii..Sebelum ni pernah buat jugak untuk makan-makan tapi disebabkan hasilnya yang sedikit..cuma 9 keping, anak-anak berebut2 makan, takde nak snap gambar pun..gebu & lembut, tambahan pula budak-budak ni suka makan dengan susu pekat..ayahnya pun segan nak makan, takut berebut ngan anak pulak kan..haha..sabo ajelah...kali ni Ana buat 2 adunan sekaligus..


 Lihatlah lubang-lubang ala-ala sarang lebah gituw...hehe


Halus mulus kulitnya..agak-agak macam kulit sapela gamaknya....
Bersiram madu...bukan bermadu yea...
PANCAKE by Hajar

Bahan-bahan :
  • 3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan..Ana guna minyak masak
  • 1 bj telur (k.nor guna saiz A)
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri..Ana guna tpg gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula castor
  • 1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
  • secubit garam
  • 1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)..Tak letak
  • **secubit soda bikarbonat..jika menggunakan tepung gandum


Cara-cara :
  • Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  • Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
  • Biarkan selama 10 minit.
  • Goreng dlm frying pan hingga masak.
  • * adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
  • kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

**utk jdkan pancake mayonis tambah 1 1/2 sudu besar mayonis dlm adunan

Terima kasih Kak Nor utk tip2 adunan ni... 

26 Julai, 2010

YEAST PANCAKE & RED BEAN PASTE

Salam mesra buat semua...harini baru boleh berblog..sejak akhir-akhir ni line asyik tergendala je...apa masalah pon taktau le...bulan-bulan bayar sama gak, takde kurangnya..hmmm....harini nak cerita tentang Sabtu lepas punya..dah dekat-dekat nak puasa ni adala buat persiapan sikit, persiapan raya ni..hihi..sebelum keluar membeli belah yang tak seberapa tu Ana ada cuba buat pancake untuk sarapan pagi, dari resepi T&T  ni, makan dengan inti kacang merah, sedap yea..lembut je takle liat macam lempeng biasa2 buat...


Dah sejuk pun masih lembut gitu...untuk Hannah yang umur 11 bulan tu Ana bg makan dengan madu je...nak gulung macamana pun terserahla..kita yang nak makan kan...bab inti tu kalau nak letak inti coklat ke, kelapa ke tetap tak salah, taknak boh inti pun takpe...Inti kacang merah ni Ana buat sendiri gak, dah banyak hari simpan dalam peti ais..

Skrg Ana kopipes resepi pancake dari sini yea...

INGREDIENTS
  • 2 cups all purpose flour
  • 2 teaspoons dry yeast
  • 2 teaspoons sugar
  • 1/2 cup warm water
  • 1 and 1/2 cup warm milk
  • 3/4 teaspoon salt
  • 3 tablespoons melted butter
  • oil to grease the pan
METHOD
  • Combine yeast, sugar and warm water in a small bowl. Keep 10 minutes or until frothy.
  • In a mixing bowl combine flour, salt, butter and milk. Stir until no lumps.
  • Add yeast mixture to the flour and stir well. Keep covered for one hour.*Ana nak cepat, 15 minit je...hihi...*
  • Lightly grease the pan, pour 1/2 cupful of batter and turn when bubbles appear on top and cook the other side.
  • Repeat the process until batter is used up. Place a piece of pancake on a plate, stuff with desired filling and fold into half. Enjoy..
 
Ni pulak resepi & cara nak buat inti kacang merah...ambil kat facebook Mamajay..

Bahan-bahan :
  • 500 gm kacang merah
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan minyak masak
Cara-cara :
  • Kacang merah di rebus sehingga empok. *seeloknya rendam dulu 1 malam*
  • Tapis air yang berlebihan(jika ada banyak) dan masak sehingga airnya benar2 kering. 
  • Setelah itu masukkan semua bahan dan masak sehingga kental. selalu kacau supaya tidak hangit dasar periuk. 
  • Sejukkan & simpan dalam peti ais.
SELAMAT MENCUBA

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...