Sabtu, 15 Januari 2011

Nestum Drops Scones...

Assalamualaikum..

Pagi Sabtu ni nampaknya cuaca cerah & segar, mungkin sebb petang hingga ke malam hari semalam hujan lebat, bersih segala debu-debu kotaraya ni..hihi..Dah sarapan? Pagi-pagi ni nampaknya ada yang marah-marah anak nampak? ngeeeee..sapekah ituw??..kat rumah ni pun dah bising pepagi suruh anak2 bujang berdua tu basuh kasut sekolah..ala-ala marah jugakle..hehe..kalau tak marah-marah tak jalan punyala dah tau dah..main air je lebih..


Ish..bebel lak..ni sarapan anak beranak (ayah kepada anak2 terkecuali sbb dah g kerja..)..hihi...resepi dapat dalam sisipan Nestum tahun bila ntah..adunannya agak pekat sebab kandungan serat Nestum tu, tengokle kejadian yang tak cun bila dimasak, tapi sedap..anak-anak mintak lagi, tapi dgn syarat.."Siapkan basuh kasut dulu..!!"..heheh..kejam tak?
Meh tengok  resepi...ala-ala pancake @ lempeng gakle ni..

Bahan A :
  • 150 gm tpg gandum, di ayak..Tak ayak pun...
  • 1 cawan Nestum Original
  • 2 camca besar gula kastor
  • 3 camca kecil serbuk penaik..Ana letak 2 sdk. je

Bahan B :
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 250 ml Nestle Milk..Ana guna susu cair je..
  • 1 camca kecil minyak masak
  • 1/2 camca kecil esen vanila

Cara :
  • Campurkan bahan A didalam mangkuk, kacau perlahan bersama bahan B.
  • Kacau sehingga campuran sebati & halus.
  • Panaskan mentega atas kuali (boleh guna non-stick pan), guna api perlahan, masukkan 2 sudu besar adunan scones, ratakan.
  • Masak sehingga kelihatan buih-buih udara. Alihkan permukaan (terbalikkan)..biar masak sepenuhnya.
  • Angkat & hidangkan bersama madu@mentega@ coklat cair..

Selamat Mencuba

6 ulasan:

Mas berkata...

sedapp ni..letak coklat lagi sdappp....nak 5 keping Anna.....he..he..

Noorhodza berkata...

wahhh... bole dicuba ni.. TQ for sharing...

izahdaut berkata...

uisshhh sapa? sapa? sapa marah anak pepagi neh..bagus betul mak org tu..musti dia jelita kan..kahkahkah..ambikkk

weh mek na, aku nyer nestum banyak tu.leh la buat.ce describe lagi cemana rasa dia..padat cam cucur ke?

HaSue berkata...

nak laa jugak naa..xkan bagi bebudak jer..jiran2 ni bagi ler byk..haha

Wattie berkata...

Salam Ana,
sedapnya nampak scones tu, teringin nak rasa, nestum ada byk kat rumah,nanti nak try. Oh ya, congrats ya Ana nak dapat baby baru....

ummi_khalish berkata...

Salam kunjung bls lgi...wah sdp nmpk...bak mai skit..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...