Ahad, 16 Januari 2011

BLUEBERRY & KASTARD FINGER BUN

Akhirnya berjaya juga keluarkan menu roti kat dapo nih..hari2 tgk kawan2 dok meroti je, mana boleh tahan...kita pun buatle jugak..itupun dengan bantuan Incik BM..hihi..jutaan terima kasih buat En.Hubby yang sudi belikan, gara-gara Pn.Bini dia ni gian nak buat roti sendiri..haahaa...tapi kan, roti ni buat hari Sabtu pagi, bila malam kena masak yang lain sebab dah habis..

baru keluar tempat pembakarannya...
  
Takdela cun melecun sangat macam Kak Nor buat, nipun dah terlebih bakar kot, gelap je kat atasnya..hihi..roti tu rasanya dah ok, cuma kastard tu bila masak ianya jadi gelap, macam hangus sikit, nape ek?

sebelum terbakar...
Masa tengah naikkan doh tadi, nampak Kak Nor buat ala-ala marble & letak coklat chips..kita pun tirule, ada rupa tak? kurang berseni jari jemari ni...

marble & coklat chips
Izinkan Ana simpan resepi kat sini lak ye Kak Nor, kena buat lagi & lagi ni, boleh anak-anak bawa bekal ke sekolah..

BLUEBERRY FINGER BUN
Sumber : Kak Nor
doh:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

topping:
  1. blueberry filling (diblend halus)
  2. kastard

Topping kastard:
1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
~~
campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
kacau supaya tidak berketul/hangus
masak hingga sedikit pekat
padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan

Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no 8 dan seterusnya.

Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  1. 50gm tepung gandum
  2. 250ml air
Cara :
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
Sekian, terima kasih penyumbang resepi..:)

5 ulasan:

izahdaut berkata...

lawaaaaa....cantik2 rotinya....

K.Nor berkata...

salam ana, rasanya sbb ana buka api atas masa bakar tu kan.. hari tu yani pun kena gitu gak.. apa kata lain kali kalau nak buat lagi, ana bakar dulu half way guna api atas bawah, lepas tu tutup api atas dan bakar dgn api bawah jer hingga masak. rsanya dgn cara tu baru tak hangus roti yg ada topping ni.

Nieza berkata...

Ana, tahniah cik bm dh membantu tu menjadi juga ana meroti...ok dh tu gebus jer nengoknya...emm..sedap kastard tu nanti nk cuba jugalah..:)

Mas berkata...

tahniahh anna..cantik tu roti kau...nmpk gebu dan lembut...
ehh..kau beli BM jenama pe....brpa hrganya...jawab tau...jngn kau tak jawab..he..he..

Anna Qawina berkata...

Izah : orng yg buat roti cantik gaks..ececececeee...

Kak nor..rasanya gitu gakla kot..nanti nak coba lg ni, dah gian nak meroti lak..hihi..t.kasih bg respon...

Nieza : hihi...tang kastard tu mmg sedapla..ank2 suka makan cicah roti yg selebihnya...tryle

Mas : nih aku jawab..errr..cun eh mung..kikikiiii..
Ana beli yg Cosway, tu pun mintak ihsn kakak bg point dia sbb dia ahli Cosway..dapatle RM269.00, kalau tak reganya RM469..cari le sape2 yg ada point Cosway tu, pujuk2 sikit..kihkih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...