Isnin, 17 Januari 2011

BUN LEMBUT OSAKA

Roti sekali lagi, bukan untuk harini yea, hari semalam punya, pagi ni sarapan roti juga tapi versi lain, kurang kiut..malah malu nak tayang..haha.. Resepi ni ambik kat blog Ros..t.kasih Ros..banyak resepi kat blog Ros & juga kawan-kawan lain yang menanti giliran untuk dicuba..hehe...maklum takyah pk nak keraskan lengan kan..kalau tak mau demam2 nak sudahkan sebuku roti ni..haha..salute le kat kawan-kawan yang berjaya menghasilkan roti walaupun tanpa alat BM tu, pakai tangan pun dah cantik & terlebih cun dari yg Ana buat..

bakar dalam loyang petak
Ada lebihan kastard resepi dari Kak Nor kelmarin, Ana paipkan atasnya, macam sebelum ni jugakla, ala-ala tergaring sikit, tapi anak-anak suka makan cicah krim/kaya buatan ayahnya..(nanti akan dikongsikan resepi kaya Incik Hubby Ana nanti yer..)

lembut dalamnya, abaikan permukaan atasnya tuh...hehe
 
Bun Lembut Osaka
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti) 
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam

untuk gliss
  • baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux,
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

7 ulasan:

Mas berkata...

wakaka...ni yang mas suka ni...tambah lgi geng gila meroti....
anna, rupa tak kisah...janji sedapppp....

Anna Qawina berkata...

Mas : ank2 & omak bapak anak mmg gila makan roti, sblm ni beli je, dah boleh buat apalagi, pulun le..kihkih
pst : dah beli BM?

izahdaut berkata...

mabuk meroti jugaakkk..ehe..tak pe la ada bm...kami tak de..huhuhu..

K.Nor berkata...

ana dah join mas dan izah ya.. geng kemaruk meroti.. berkesan sungguh virus meroti yg k.nor sebar ya.. hihihii

Mimiey.. (^-^) berkata...

gebussla kak anna... dah terguda nih... ni yg tambah berkobar2 nak buat juga nih..

Nieza berkata...

wah ana, meroti lagi semangat kan bila ada cik bm tu...satu kepuasan bila dapat membuat roti sendiri kan:)

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Ini memang kena belajar kat cni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...