19 Januari, 2011

SUPER WHITE SOFT BREAD

Assalamualaikum...

Pagini tayang roti lagi..hari-hari bikin roti muka pun dah macam roti..hehe..apa nak buat, tak keluar roti kang ada yang ugut2 manja nak jual balik En.BM tuh..kekekee..tak rela u...tapi sbnrnya memang kena buat roti, sebab kalau tak buat pun dah tentu Gardenia jugak yang akan dibeli..baik buat kan..

sbnrnya roti ni warna putih tau, nampak brown sbb cahaya lampu...

Kalini Ana skodeng lagi resepi dari Ros..& bakar terus guna breadmaker, hasilnya tak cantikla (pandangan luarannya), mungkin sebb adunan tu sikit,, tak memenuhi dasar loyang BM tu, bila siap, senget-senget jadinya..tapi roti tu sedap makan sambil cicah teh'O / kopi'O panas..

Nak kongsi kat sini pula, nanti boleh cuba lagi bakar dalam sandwich loaf pan..belum beli lg..hihi..

super white soft bread..Rosjintanmanis

Bahan-bahannya :
  • 250 gram tepung roti
  • 15 gram butter ( boleh ganti dengan shortening)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering
  • 160 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)

( klu nak letak 1 sudu kecil bread softner atau bread improver pun boleh-tp ros tak letak)-tak letak gak

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu roti putih dan tekan ON je, tunggu dan bila dah siap dibakar boleh terus dikeluarkan dari acuan dan sejukkan, potong ikut kepingan yang dikehendaki .

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit.

3. Selepas itu, perap doh selama 40 minit, kemudian tumbuk doh , keluarkan angin dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang,

11 ulasan:

izahdaut berkata...

weh na...cantik la roti tu..lembut gebu ye...ehemm ehem.nak seekeettt

Anna Qawina berkata...

izah...ko perli ke? wakakaka...hambeekkk....

anymz berkata...

minggu ni memang minggu meroti kan?..mana2 ada roti nih..roti kat sini pun cantik gebu naiknya tu.hehe

MamaJay berkata...

wah! dah ada Mr.BM yek..seronoknya..

Mas berkata...

oiitt.....makcik anna, meroti lgi.....lembut nmpk roti tu.....cantikk...

K.Nor berkata...

haiii ada yg kembang cam roti kang... hihihi

Suara Kalbu berkata...

Aiseymannnnnnnnnnnn Kak Anna,
Ini macam kalu, kilang roti pun buleh tutup.Lawalah roti akak

Unknown berkata...

ana, jom kita tukar roti...haha angin meroti tak abis lagi..hehe

Nadz Nazharzan berkata...

Salam Anna..
Wah dia pun meroti jugak... Tak boleh jadi ni, nk kena baiki cepat2 cik BM ku yg sakit tu. Sementara tu mintak roti dr Anna jer la boleh??? Heheheee tak malu kan..

Unknown berkata...

Salam Anna...

Rajinnnnnnya Anna Meroti....huahuahuahua....sedapppp nampaknya Gebusssss!!!

Nazrah berkata...

pasal minggu meroti la..kita terbeli BM hari ini..haha..resepi ni pasti dalam list..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...