06 Januari, 2016

Pancake Gebu & Sedap

Assalamualaikum w.b.t
Harini update bekal sekolah KAFA petang ni, pagi tadi bawa mee goreng dengan air kosong je, petang bawa pancake + choc.hazelnut Gardenia tu dengan air sirap. Sirap tu buat awal pagi simpan peti ais, nanti anak-anak tak adalah terliur sangat tengok air merah kuning yang dijual kat kantin kan..


Mudah je resepi ni, selalu buat zaman rajin berblog dulu2..hehe. Saya bancuh 2 adunan sekaligus tapi baking powder tu letak 1 sudu besar je, lain2 bahan gandakan. Cara saya juga nak cepat, terus campur semua bahan, kacau2 & tapis. Tak sempat perap, siap tu saya tapis & terus panaskan pan, guna 2 pan cepat siap kerja ok..

PANCAKE GEBU & SEDAP

*Buttermilk 
1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka makan/ perahan lemon
Biarkan selama 5 minit barulah digunakan.

Bahan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan susu segar @ buttermilk
  • 1 telur ayam
  • 1 sudu tea esen vanilla kalau suka
  • 2 sudu besar butter yang dicairkan @ minyak masak
  • sedikit garam

Caranya
  • Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
  • Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
  • Kemudian masukkan susu segar.
  • Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan digaul sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
  • sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
  • Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. *tak perap pun
  • ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...