Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan

08 Mei, 2014

DAGING MASAK TAUCU

Resepi saya jenguk blog Kak Nor Secubit Garam. pertama kali buat lauk camni, sedap wehh..anak2 suka gak makan dengan kuah pekat camtu..cuma lauk pauk saya xde meriah2 la kan, kalau tak nanti lambat budak2 nak habiskan makanan diaorang sebab sibuk dok pilih2 kuis2 kemeriahan hiasan yang Ummi diaorang letak..hehe

ada daun sup secoet je tuh..kira meriah dah tu..haha...Alhamdulillah licin sekali masak untuk makan malam..jom cuba..

Bahan :
  • 300gm daging ~ dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 1cm halia ~ dihiris
  • 2 sudu besar taucu ~ k.nor tumbuk
  • 2 - 3 bj cili merah/hijau ~ dibelah dua
  • 5 biji cili padi ~ diketuk
  • air asam jawa
  • air secukupnya
  • garam
  • sedikit gula
  • minyak

 Cara :
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan taucu dan juga daging. Masak sehingga daging mengeluarkan airnya.
  • Masukkan cili merah dan cili padi serta air.
  • Masak hingga daging empuk dan masukkan air asam jawa.
  • Masukkan juga garam dan sedikit gula.
  • Biarkan mendidih sebentar dan boleh lah ditutup api.
  • Angkat dan hidangkan dgn nasi putih.
SEDAAAPPPP...

12 November, 2011

DAGING MASAK HALIA

Assalamualaikum..

Dah lewat malam ni, masih berkesempatan nak update sedikit sebanyak yang termampu,..Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanMu Ya Allah..terima kasih buat kawan2 yang sudi bertandang ke blog ni, walau tuan tanah kedaung belum sempat nak BW..InsyaAllah akan ku gagahi jua menyinggah jenguk kalian..


Semalam sempat masak ala kadar je, cari2 menu yang ringkas & cepat disediakan, anak-anak masih belum sihat & pulih dari muntah2 & cirit birit, Hannah dah pulih, Akmal pun dah beransur2 pulih, harini Damia pulak yang kena..agaknya jangkitan dari adik-beradik la kot..mujur suami banyak membantu melayan kerenah anak-anak yang tak sihat ni, dapatle kita buat benda lain yang patut kan..Resepi daging kali ni Ana ambil dari blog Mat Gebu..harap tak kisah ye Cik Mat kita share kat sini..jutaan terima kasih..:))


RESEPI DAGING MASAK HALIA

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g daging batang pinang, dihiris nipis
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 inci halia tua*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)
  • 2 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 1 batang saderi, dihiris serong *takde..
  • 1 batang leek, dihiris serong *takde..
  • 1 camca besar sos lada hitam *Ana guna serbuk lada hitam + air
  • 1 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap pekat
  • 2 camca besar kicap cair
  • 2 biji cili merah, dibelah 2
  • 1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging disatukan bersama garam dan bahan2 tumbuk, simpan dalam peti sejuk dan biar terperap selama 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daging, kacau rata dan biar daging kecut.
  2. Tambah sos tiram, sos lada hitam, kicap cair dan kicap pekat, gaul rata dan tuang air. Masukkan leek dan saleri. Kecilkan api dan renih dengan api kecil hingga daging lembut dan kuah memekat.
  3. Tambah hirisan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan masak sekejap hingga bawang layu. Sesuaikan rasa dan boleh matikan api. Hias dengan hirisan halus halia dan daun sup, jika suka. Hidangkan panas....
**Terima kasih Tun Telani atas pemberian lada hitam dari Bintulu..(^_^)


02 November, 2011

Masak Lemak Perut & Rebung Jeruk..sedap rupanya..

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali di alam maya setelah beberapa hari takde tayangan..asyik tayang kuih bakar tu je ya..dah basi agaknya..hehe..agak kesuntukan masa dengan macam2 hal termasuk anak2 yang macam-macam ni, adalah jugak tempahan cheese tart & kek yang simple2 tu, selebihnya dok melangut je, best jugak golek2 dengan baby Syifa' yang dah mula 'membebel' mulutnya..kalau takde orang dekat dia mulalah bising, nak orang temankan & sembang je..takde kerja ke hape nak nyembang ngan dia 24 jam..kalau ada butir2 tu takpe la jugok, ni aaaa..aaaaa..uuuuu....kuikui..takpelah nak oooii...masa ni la nak layan lebih2 kan, dah besar panjang nanti masing2 bawa haluan & terkontang kanting la mak ayah kat rumah ni..tu pun kalau panjang umur & ada rezeki kan..InsyaAllah..

Dah masak ke belum tu? Kita belum..hehe..ni lauk bila tah, dah seminggu berlalu kot, pertama kali jumpa rebung jeruk, sebelum ni mana pernah tengok, tahu pun lepas gugel resepi utk perut lembu yang cik abang beli, tak reti sangat nak masak benda ni, reti makan ye..sama tak ngan korang? Sama la tuh..


Rebung jeruk ni agak berbau 'bacin' ya..tapi dah masak memang takde bau tu kat rebung, agaknya bau tu datang sebab rebung dijeruk la kot..kot la kan..kita tak tau gak..korang jangan percaya sangat fakta ni..kihkih..Resepi ambik kat MyResipi..lubuk resepi bagi kebanyakkan orang kan..Raya Haji dah dekat ni, mesti banyak perut yang dapat kan..bolehla masak macam ni, sedap ratah rebung tu..

RESEPI MASAK LEMAK PERUT/ BABAT & REBUNG JERUK
Sumber : DatinLulu@myr

Bahan-bahan ( 5-6 org - ikut prmintaan gak )

  • 800gm perut lembu@babat - cuci/rebus lmbut/tos/ potong
  • ~sy beli yg siap proses brsih/rebus kejap aja, 5 minit dah lmbut~
  • 1 mngkuk rebung jeruk - potong/rebus 5 minit/tos
  • *1 labu bwg besar
  • *5 biji bwg merah
  • *4 ulas bwg putih
  • *12 biji cili api (merah+hijau)
  • *2@3 inci kunyit hidup
  • *1 inci lengkuas (kalo suka)
  • 2 btg serai - d titik/ketuk
  • 3 cawan santan - sederhana pekat
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi @ 1,2 keping asam gelugor
  • srbuk maggi ckup rasa*tak letak
  • garam secukup rasa
  • daun limau purut - carik kasar

Cara-cara

  1. Panaskn sedikit aja minyak, tumis bhn*& serai hingga naik bau, x prlu garing
  2. Masukkn perut@babat, rebung, asam jawa, daun limau purut, srbuk maggi d ikuti santan. Masak dgn api sederhana hingga mndidih - kecilkn api, biar kuah mereneh prlahan-lahan
  3. Sesuai rasa garam nya, agak2 dah ok.. tutup api & bleh d hidangkn
  4. Mudah aja...selamat mncuba ;)...

ERRR..PERUT DGN BABAT TAK SAMA YE? heee...

23 Disember, 2010

DAGING GORENG BERSAMA KACANG KERINTING

Menu ni tah berapa hari dah berlalu, bizi + kurang ghajin nak naip..hihi..pernah tgk kacang kerinting tak? Dia (ia..) sejenis kacang panjang gak, cuma kejadiannya lebih besar, sekali ganda dengan kacang panjang biasa tu, pastu di tengah hingga hujung kacang tu berbelit2 ala-ala rambut kerinting gitu, nama kerinting tu abang ipar yang bgtau, sebab dia yang ambik bekalan jualan dia kat Pasar Borong Selayang, katanya kacang ni datangnya dari Cameron Highland..


Selain goreng, masak lemak pun sedap, memang sesuai masak lemak, sebab saiz fizikalnya yang agak besar, sedap makan dengan nasi panas..hihi...Ana cuma tambahkan dalam gorengan daging saje nak bagi meriah..(sbnrnya agak malas nak masak asing2..)..hihi

Resepi daging goreng ni biasa2 je :
  • 300 gm daging, potong nipis..bersih & toskan
  • serbuk kunyit
  • garam

Gaulkan daging bersama garam & serbuk kunyit, biarkan 15 minit.
  • 1 labu bawang besr *potong bulat
  • 5 ulas bawang putih *mayang halus
  • 2 inci halia *mayang halus
  • 2 biji cili merah besar * potong serong
  • 5 batang kacang panjang *potong pendek-pendek
  • garam & gula sekucup rasa * terpulang, Ana tak letak
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara :
  • Panaskan kuali, masukkan daging yang diperap tadi ke dalam kuali panas, biarkan sehingga keluar air daging tu.
  • Kacau-kacau bagi sekata,.guna api perlahan, kalau daging liat, masukkan sedikit air, biar sehingga air kering & daging empuk.
  • Bila air daging dah kering, buat lubang kat tengah kuali (bukan tebuk kuali tau..) hehe..masukkan minyak masak, biar sehingga minyak panas.
  • Masukkan bahan hiris kecuali cili merah & kacang panjang, kacau2 bagi kekuningan & sedikit garing.
  • Kemudian gaulkan dengan daging yang ada disekeliling kuali tu.
  • Masukkan cili merah & kacang panjang, kacau sekata.
  • Rasa garam & gula jika suka, daging akan bewarna kehitaman sedikit, dah masak bolehlah diangkat
  • Kalau nak lebih pedas boleh tambah kan cili api yang dipotong serong..Selamat mencuba..:)

20 Disember, 2010

SINGGANG TULANG

Menu sebegini biasa je bagi orang negeri Kelantan, sedap makan panas2...kalau orang tengah demam pun sesuai sangatla..bagi hangatkan badan yang lesu..dulu2..masa baru2 kawen..(nostalgia lak ek..) ada bgtau Cik Abe Ana ni pasal singgang tulang/daging, dia ckp mana ada singgang selain ikan..hoh!! dia kan Jawarian..haha..bila dah sekali rasa singgang tulang masa Raya Haji kat kampung, baru dia percaya bahawa adanya menu nih..


Haritu ada ternampak Mamasya buat, teringin lak nak makan, lgpun asyik buat sup je..bhn2 ni Ana main bubuh je, agak2la, tapi Ana ada copykan resepi detail Mamasya, sape2 nak cuba bolehla ek..tengQ Mamasya.. IDUP KLATE!!! hikhik

Singgang Tulang Mamasya

Bahan
  • 700 gm tulang dgn tambah daging, nak sedap sedikit daging berlemak.
  • 6 ulas bawang merah~dimayang
  • 4 ulas bawang putih~dimayang
  • 2 inci halia~diketuk
  • 2 1/2 inci lengkuas~diketuk
  • 1 sb ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
  • 5 biji cili kering~dipotong,dibersihkan ,rendam sekejap .
  • 2 keping asam keping gelugur.
  • garam secukup rasa
  • air untuk kuah.

Cara membuatnya.
  • Rebus tulang&daging dalam periuk hingga mendidih.
  • Bila dah mendidih . masukkan semua bahan kecuali bawang dan garam.
  • Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
  • Masukkan bawang yang dimayang dan garam .Rebus lagi,biarkan semua bahan mesra.
  • Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.

25 November, 2010

DAGING MERAH ALA THAI

Musim Raya Qurban mesti banyak daging dapat kan..asyik nampak menu daging je ek..Ana tengok kat dapo Madiha & cuba buat, kebetulan ada lak stok sos ikan yang beli taun bila tah..(belum xpired tau..) sedap gak, tapi masa buat 1st time haritu  Ana ikut bulat2 resepi. Bila makan rasa keras sikit daging mungkin sebab goreng kejap tu *Kata si pemakan..al-kisahnya..*...^_^ sape ek?


Semalam buat lagi & Ana tak goreng (ikut saranan yang meng'komplen' haritu), lepas rebus, terus potong & tumis bahan2 macam biasa, ada la perubahannya masa gigit daging tu...heee...apa2pun terima kasih kepada penyumbang resepi & peng'copy" yang mewarwarkan ni...


resepi asal : Jeezy @ MyR
Copy : Madiha / Hana / Kak Nor Secubit Garam pun ada

DAGING MERAH ALA THAI...

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • hana tmbh halia ketuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh) *Takde stok
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

21 Ogos, 2010

DAGING GORENG SIMPLE

Assalamualaikum...dah sahur? Makan apa ek? Nih menu senang nih...Daging goreng yang membuatkan selera bersahur kami agak cergas..ehehee...nak buat pon senang je...

Daging goreng...

 Bahan-bahan :
  • Daging - dihiris nipis & dibersihkan
  • Perap daging dengan garam & kunyit
Bahan hiris :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili api & cili besar
  • Halia
  • Daun bawang
Cara-cara:
  • Masukkan daging ke dalam kuali & masak sehingga airnya kering ( jika daging liat, masukkan air & biarkan airnya kering)
  • Bila air daging tadi dah kering (akan bertukar warna gelap..), buat bulatan di tengah kuali, (daging tu kuis2 sikit dok kat tepi), tuang minyak masak.
  • Bila minyak dah panas, masukkan bahan2 hirisan kecuali bawang besar, kacau2 sehingga bawang bertukar warna kekuningan.
  • Gaulkan dengan daging yang ada kat tepi kuali tadi, masukkan bawang besar, cili & daun bawang.
  • Kacau2 seketika & angkat & bolehlah dimakan dengan nasi panas....
##Daging boleh juga direbus terlebih dahulu kalau nak bagi cepat empuk##

SELAMAT MENCUBA

29 Jun, 2010

Gulai Kambing Ilham Bonda

Sekadar memenuhi keinginan Cik Abe Ana yang tetiba je teringin nak makan gulai kambing ala-ala bonda Ana masak..maklumlah gulai Kelantan ni lain sikit rasanya, kuahnya sedap dibuat cicah roti & roti canai. Satu petang Jumaat lalu dia pun beli daging kambing suruh Ana masak...mak aih!! Tak pernah Ana makan daging kambing, dah mesti tak pernah masak kan?? Jadi operasi pun bermula, tutt..tutt..tutt..hihi...bunyi telefon tu..Ana pun telefon bonda di kampung bertanyakan resepinya...bla...bla...bla...Ana pun salin...harini maka terhasillah gulai kambing ni..sedap juga rupanya...




Bahan-bahan :
  • 1 kg Daging kambing termasuk tulang2nya
(Rebus daging tersebut sehingga mendidih & buang airnya, tujuan buat camtu supaya hilang bau hamis daging)
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
*Bahan2 tersebut dihiris halus*
  • 1 1/2 peket rempah kari daging Adabi ( lbh kurang  36 grm)
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 inci lengkuas - diketuk
  • 3 sudu makan kelapa - digoreng tanpa minyak & kisar halus
  • 1/4 keping gula melaka
  • sedikit asam jawa / 1 keping asam keping
  • garam & gula secukup rasa
  • 2 cawan santan pekat (Ana guna 2 kotak kecil santak kotak m&s)
  • Air secukupnya
Cara-cara :
  • Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak masak & tumiskan bahan hirisan sehingga bangkit bau.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama cili kering & 1 cawan air.
  • Biarkan sampai pecah minyak & rempah bertukar warna lebih gelap.
  • Masukkan daging kambing tadi & gaul2kan bersama rempah di dalam periuk, masukkan sedikit air jika terlalu kering. Perap sekejap.
  • Masukkan gula melaka, asam jawa, serai & lengkuas. Kaup balikkan.
  • Masukkan santan pekat bersama2 air & garam. Biarkan mendidih & daging betul2 empuk. Kemudian maskkan kelapa yang dikisar halus tadi.
Jika suka lebih pekat blh kurangkan penggunaan air tetapi jika nak cicah dengan roti seeloknya sedikit cair @ terpulang kepada citarasa masing2.Cara rebus daging sebelum masak ni terbukti berkesan & bau daging kambing tu tiada...cubalah.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...