Sabtu, 12 November 2011

DAGING MASAK HALIA

Assalamualaikum..

Dah lewat malam ni, masih berkesempatan nak update sedikit sebanyak yang termampu,..Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanMu Ya Allah..terima kasih buat kawan2 yang sudi bertandang ke blog ni, walau tuan tanah kedaung belum sempat nak BW..InsyaAllah akan ku gagahi jua menyinggah jenguk kalian..


Semalam sempat masak ala kadar je, cari2 menu yang ringkas & cepat disediakan, anak-anak masih belum sihat & pulih dari muntah2 & cirit birit, Hannah dah pulih, Akmal pun dah beransur2 pulih, harini Damia pulak yang kena..agaknya jangkitan dari adik-beradik la kot..mujur suami banyak membantu melayan kerenah anak-anak yang tak sihat ni, dapatle kita buat benda lain yang patut kan..Resepi daging kali ni Ana ambil dari blog Mat Gebu..harap tak kisah ye Cik Mat kita share kat sini..jutaan terima kasih..:))


RESEPI DAGING MASAK HALIA

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g daging batang pinang, dihiris nipis
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 inci halia tua*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)
  • 2 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 1 batang saderi, dihiris serong *takde..
  • 1 batang leek, dihiris serong *takde..
  • 1 camca besar sos lada hitam *Ana guna serbuk lada hitam + air
  • 1 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap pekat
  • 2 camca besar kicap cair
  • 2 biji cili merah, dibelah 2
  • 1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging disatukan bersama garam dan bahan2 tumbuk, simpan dalam peti sejuk dan biar terperap selama 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daging, kacau rata dan biar daging kecut.
  2. Tambah sos tiram, sos lada hitam, kicap cair dan kicap pekat, gaul rata dan tuang air. Masukkan leek dan saleri. Kecilkan api dan renih dengan api kecil hingga daging lembut dan kuah memekat.
  3. Tambah hirisan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan masak sekejap hingga bawang layu. Sesuaikan rasa dan boleh matikan api. Hias dengan hirisan halus halia dan daun sup, jika suka. Hidangkan panas....
**Terima kasih Tun Telani atas pemberian lada hitam dari Bintulu..(^_^)


9 ulasan:

Nazrah berkata...

sama menu kat rumah ni..masih lagi nak menghabiskan daging qurban ari tu...

anymz berkata...

byk sangat ke daging kat rumah tu ana?..cuba layang ke sini barang 2 kg.boleh akak buat rendang.simpan stok utk seminggu.tak payah masak..hahaha

EmbunRosaliza berkata...

Assalam anna, best tu guna lada hitam segar dari ladang heheh.

Mesti sedap daging halia ni, ada iras2 dgg black pepper lak

Qhaifa Nur berkata...

dah lama nak masak daging ini hari baru dapat....

kakna berkata...

sedap..nya..

Ros berkata...

salam ziarah,

Amboi nampak sedapnya....nanti boleh la try..

Liza berkata...

bets jugak sesekali dpt mkn daging kan, tp kalau dh bnyak sgt stok, pening jugak nk perabih.....hihihihi

nuwairani ismail berkata...

alangkah bahagianya kalau boleh hulurkan daging kite untuk kak ana, pastu kak ana masak, kita pon makan...macam tak larat betol nak masak...

Ummi berkata...

rasa lapar pulak perut ni tengok lauk ni ..anna boleh mintak sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...