Selasa, 29 Jun 2010

Gulai Kambing Ilham Bonda

Sekadar memenuhi keinginan Cik Abe Ana yang tetiba je teringin nak makan gulai kambing ala-ala bonda Ana masak..maklumlah gulai Kelantan ni lain sikit rasanya, kuahnya sedap dibuat cicah roti & roti canai. Satu petang Jumaat lalu dia pun beli daging kambing suruh Ana masak...mak aih!! Tak pernah Ana makan daging kambing, dah mesti tak pernah masak kan?? Jadi operasi pun bermula, tutt..tutt..tutt..hihi...bunyi telefon tu..Ana pun telefon bonda di kampung bertanyakan resepinya...bla...bla...bla...Ana pun salin...harini maka terhasillah gulai kambing ni..sedap juga rupanya...




Bahan-bahan :
  • 1 kg Daging kambing termasuk tulang2nya
(Rebus daging tersebut sehingga mendidih & buang airnya, tujuan buat camtu supaya hilang bau hamis daging)
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
*Bahan2 tersebut dihiris halus*
  • 1 1/2 peket rempah kari daging Adabi ( lbh kurang  36 grm)
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 inci lengkuas - diketuk
  • 3 sudu makan kelapa - digoreng tanpa minyak & kisar halus
  • 1/4 keping gula melaka
  • sedikit asam jawa / 1 keping asam keping
  • garam & gula secukup rasa
  • 2 cawan santan pekat (Ana guna 2 kotak kecil santak kotak m&s)
  • Air secukupnya
Cara-cara :
  • Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak masak & tumiskan bahan hirisan sehingga bangkit bau.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama cili kering & 1 cawan air.
  • Biarkan sampai pecah minyak & rempah bertukar warna lebih gelap.
  • Masukkan daging kambing tadi & gaul2kan bersama rempah di dalam periuk, masukkan sedikit air jika terlalu kering. Perap sekejap.
  • Masukkan gula melaka, asam jawa, serai & lengkuas. Kaup balikkan.
  • Masukkan santan pekat bersama2 air & garam. Biarkan mendidih & daging betul2 empuk. Kemudian maskkan kelapa yang dikisar halus tadi.
Jika suka lebih pekat blh kurangkan penggunaan air tetapi jika nak cicah dengan roti seeloknya sedikit cair @ terpulang kepada citarasa masing2.Cara rebus daging sebelum masak ni terbukti berkesan & bau daging kambing tu tiada...cubalah.

1 ulasan:

Suara Kalbu berkata...

Thanks untuk resipi ni Anna. Nak try nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...