01 Julai, 2010

Nasi Goreng Segera

Ada lebihan nasi semalam tapi Ana tak suka makan nasi sejuk..hihi..kebetulan pulak tengah berfikir nak bagi Adam bawa bekal apa ke sekolah nanti...belek punya belek, ternampak 1 peket perencah sos serbaguna Maggi yang Ana dapat dalam majalah SDK Julai 2010..percuma tu...
Nak buatnya simple je, guna apa2 bahan yang ada kat dapur...

Bahan-bahan :
  • Udang 5 ekor
  • Bawang putih 2 ulas - ditumbuk/hiris halus
  • 1 sudu makan cili kisar
  • Kicap manis
  • sayur sawi
  • nasi sejuk 2 mangkuk
  • 1 peket sos masakan serbaguna Maggi 
  • Planta/minyak masak (utk menumis)

Cara-cara:
  • Tumis bawang putih dengan 1 sudu makan planta/minyak masak
  • Masukkan cili kisar & biarkan sekejap
  • Pastu masukkan sos perencah Maggi tadi, 
  • Masukkan udang, kacau2 sekejap, kemudian masukkan nasi
  • Gaul rata, masukkan kicap & taburkan garam jika suka..(kdg2 nasi terlalu bnyk, takde rasalah kan)
  • Masukkan sayur sawi..kaup balikkan sekejap...angkat..& taburkan bawang goreng
ni untuk makan kat rumah

Sekarang Adam dah sedia nak bawa ke sekolah bersama-sama 4 keping Roti Mayonis Enak...

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...