01 Julai, 2010

Roti Mayonis Enak

Salam pagi buat teman2 dialam maya ni...pagi ni sarapan apa ya? Meh kita tropong meja makan Ana ni...roti...roti...roti...mesti ada kat rumah Ana ni, macam-macam boleh dibuat dengan roti kan? Buat Bingka Roti, Cekodok roti & harini Ana buat Roti Mayonis Enak..hihi..saje2 je boh nama Enak tu sebab enak dimakan...
Idea ni dapat masa Ana pergi ke rumah Abang Ipar kat Kepong tu, isteri dia hidangkan utk anak2 Ana..pastu Ana pun tanyala nak buat macamana..senang jo rupenya...

Bahan-bahan :
  • Roti sandwich -terpulanglah banyak mana nak -dipotong 2
  • Mayonis -untuk disapu pada roti
  • Telur - dipukul sedikit
  • Planta/Minyak masak
Sos :
Sos cili + Mayonis

  • Roti yang dipotong 2 disapu dengan mayonis di ke2 2 belah (depan & belakang)
  • Buat sampai habis
  • Celup roti tadi ke dalam telur yang dah dipukul sedikit (nak sapu je telur tu pun ok juga)
  • Panaskan kuali leper, letak sedikit planta/minyak masak, ratakan, dah panas letak roti tadi atas kuali panas, balik-balikkan & biar sampai kekuning-kuningan.
  • Angkat & hidangkan bersama sos cili & mayonis

Senangkan? Cubalah...

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...