01 Julai, 2010

CUSTARD TEA CAKE

Petang semalam sementara tunggu Cik Abe Ana balik kerja sempat gakla menggodek sbijik kek..mula2 tu tgk kat blog E-Na, cantik sbb ada warna pink...bahan2 pulak ada jadi Ana pun nak gak cuba...namanya Tea tu tp takde lak masukkan teh boh ke lipton ke dalam kek tu, mungkin tuan punya resepi ada kisahnya tersendiri..nak buat senang juga & bahan2 pun ringkas..terima kasih buat E-Na yang menyediakan resepi ni..Ana copy je yea...
dah dipotong-potong

Sebelum Ana nak kongsi resepi & cara nak buatnya, ada cerita cktla, bukan kisah seribu 1 malam ye..hihi...masa masak kek ni, kira2nya dah nampak macam nak masakla, Ana pun cucuk dengan lidi, test masak ke belum, keluar lidi tu bersih je, Ana pun angkatla kek kastard ni turun dari singgahsananya tu... dibiarkan seketika & konon2nya nak tunggu sejukla kan...bila nak potong terkejut dot..dot..Ana dengan anak2 yang setia menanti nak makan kek tu, kat tengahnya belum masak, bila Ana potong, runtuhla bahagian tengahtu, macam tanah runtuh gitu...apa2pun Ana potong2 bahagian yang sekeliling tu & bolehla makan, yg tak masak tu terpaksala buang...jadi gambar kat bawah ni nampak macam posing baik punya tp hakikatnya nak cover malu eh...hahahaa
kastard pun nampak basah sikit..

Bahan-bahan untuk kek :
  • 125g butter
  • 50g gula caster (1/3 cawan)
  • 1 biji telur
  • 80g self raising flour (3/4 cawan)
  • 30g tepung custard (1/4 cawan)
  • 1tsp essen vanila  

Loyang 9cm
    Bahan-bahan untuk custard :
    • 1 tbs tepung custard(Ana guna yang biasa + dengan sedikit pewarna merah)
    • 1 tbs gula caster
    • 2/3 cawan fresh milk
    • 1 tsp butter
    • 1 tsp esen vanila
    Cara Membuatnya :
    • Alaskan loyang dengan cooking sheet.
    • Sediakan bancuhan custard dahulu. Masukkan tepung custard, gula dan fresh milk ke dalam periuk.
    • Kacau sehingga mendidih dan masukkan butter dan esen vanila. Kacau sebati dan tutup api bila adunan agak pekat. Ketepikan.
    • Pukul butter dan gula sehingga kembang.
    • Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
    • Masukkan tepung custard dan self raising flour yang telah diayak bersama.
    • Kacau rata.
    • Panaskan oven 180 darjah.
    • Masukkan separuh adunan ke dalam loyang dan ratakan.
    • Kemudian curahkan adunan custard ke atasnya. Ratakan adunan custard dan tinggalkan 2cm keliling loyang.
    • Masukkan adunan selebihnya ke atas bancuhan custard tadi dan ratakan.
    • Bakar selama 35 - 40 minit atau sehingga kek masak. 

    **PASTIKAN BETUL2 MASAK TAU** hihi...
    SELAMAT MENCUBA.. 

      Tiada ulasan:

      BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

      Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...