Ahad, 27 Jun 2010

Carrot Cake Nyum..Nyum

Kek lagi? Hari-hari buat kek..hihi..mmg Ana & anak2 suka makan, tp kan kek yang ni lain sikitla, dipenuhi khasiat tersendiri..hihi..ye ke? Ya kot sbb ada lobak sebagai sayur, nenas sebagai buah-buahan, kacang badam kan elok utk otak..kelapa? Hmm...penyedapla kot...hihi..mandai2 je yea...Resepi Ana ambik kat Dapur Cik Mat & dikopi n pes lak kat sini...tapi Ana tak buat topping, ingat nak topping gak ngan coklat putih ke..tak sempat lak...



Ha...tgk tu..penuh berserat..masa makan tu terasa betul kekacang, kelapa, nenas & karot tu, baupun wangi je..hihi..tp kan maafla Cik Mat, Ana dah tukar apa2 yang patut..kelapa parut tu Ana sangai je yg fresh pastu blend, nenas lak guna yg fresh tp dah ranum la..dah tu je yg ada kan...apapun ttp jd...

Meh kita tinjau dulu apa & bagaimana nak buatnya..

Bahan-bahan :
  • 1 Cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis (yg ni ana tak letak sbb takde)
# Ayak bahan2 diatas & gaulkan#

  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan minyak masak (asalnya guna minyak jagung)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah - perah buang airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin - cincang kasar & perah airnya
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang badam - cincang
  • sedikit esen vanila & parutan kulit oren *Ini Ana tambah sendiri*

Cara-caranya :
  • Satukan telur, minyak & gula, kacau sebati guna senduk je...
  • Masukkan bahan2 yang diayak tadi sedikit demi sedikit, kacau sebati
  • Masukkan pula parutan lobak, nenas, kelapa kering & badam tadi, gaul sebati
  • Tuang ke dalam loyang yang dah dilenserkan ngan mentega & dialas kertas minyak
  • Bakar lebih kurang 45 minit dengan suhu 170'C / sehingga masak..bergantung kepada oven masing2

*Resepi ada topping ngan cheese tp Ana tak buat sbb takde cheese & tak sabar nak makan..nak tgk topping dia g kat Dapur Cik Mat yea*
*Kalau takde kelapa kering, guna kelapa parut di sangai & kisar kasar2*
*Ana tak masukkan serbuk kayu manis tetapi tambah sedikit parutan kulit oren bg ada aroma..ceewaahh..*

Resepi ni senang nak buat & rasanya sedap...cubalah sendiri..


SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...