Sabtu, 26 Jun 2010

Udang Masak Lemak Cili Api

Saje2 je nak tayang menu Ana semalam..Udang ni memang feberet anak2 Ana terutamanya Adam & Damia tu...Akmal?? Huh!! Janganla hulur, paksa camne skalipun takkan ditelannya udang, sotong & ketam..huhu...rugi..rugi...meh kita layaaaannnn...resepi ni biasa2 je, terpulanglah kalau nak tambah2 ikut suka..


Bahan2nya :
  • 1/2 kg udang sederhana besar-dibersihkan
  • 1 cawan santan pekat + dengan 1 1/2 cawan air
  • 1 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • Segenggam cili api(terpulang nak pedas mana)*
  • sebatang serai-diketuk
  • 1 keping asam keping
  • garam & gula
  • 1 sudu makan kerisik
  • sehelai daun kunyit dihiris @ disimpul
#semua bahan bertanda * ditumbuk lumat#

Cara2 : 
  • Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan2 tumbuk, serai, asam keping. Kacau2 selalu.
  • Bila dah mendidih masukkan udang, garam, gula & kerisik serta daun kunyit
  • Kacau2 sekejap je bagi sebati & udang masak. Angkat dan hidangkan...

Senang kan? Makan ngan nasi panas..mmmmm...(",)

CUBALAH

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...