21 Jun, 2010

AYAM GORENG PANDAN

Selamat tengahari....dah masak ke? Masak ape yek? Harini Ana nak tayang sikit menu yg Ana buat semalam..sempena hari minggu yg banyak masa terluang...hihi...Menu ni biasa2 je, tp cara memasaknya ada sedikit beza yg menjadikan ia sedap...terasa rempah dalam isinya...



Bahan2...
  • Ayam separuh daripada seekor *dibersihkan dipotong ikut suka*
  • Daun pandan
Bahan Perapan :
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia...nak boh lebih pun ok je*
  • 3 batang serai*
  • sedikit gula melaka (jika suka gula putih pun takpe)*
 # Semua bahan bertanda * diblender halus bersama sedikit air# 
    • 2 sudu besar cili kering yang dah dikisar
    • setangkai daun kari *opt*
    • garam
    • sedikit serbuk kunyit/ serbuk kari ayam
      Cara nak buat :
      1. Campurkan semua bahan diatas & perapkan aym dengan bahan perapan tersebut.
      2. Simpan ayam yg diperap tu dlm peti ais plg kurang pun 1/2 jam, lg lama lg sedap.
      3. Keluarkan ayam tadi & bungkus dengan daun pandan & cucuk dgn lidi utk melekatkannya.
      4. Buat sampai habis. .
      5. Panaskan kukusan & kukus ayam yg dibalut daun pandan td selama lbh kurang 10 minit.
      6. Kemudian goreng ayam tadi dlm minyak yg agak banyak bg tenggelam ayam tu.
      7. Agak2 dah garing & masak tu angkat & toskan minyak....

      Makan dengan nasi panas...huhu....sedap...
      Tujuan ayam tu dikukus supaya isi dalamnya cukup masak sekata apabila digoreng, kalau goreng terus mgkn kat luar dah garing tp kat dalam blh masak sepenuhnya..


      MENU RINGKAS UNTUK KELUARGA.....CUBALAH!!

      Tiada ulasan:

      BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

      Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...