Sabtu, 26 Jun 2010

KEK LABU

Salam  pagi buat kawan2 yang baca ini blog...pepagi ni nak tunjuk gakla kek yang Ana buat petang semalam ...kelmarin dah buat Kek Pisang dari resepi E-Na tu tp kurang cantik rupa parasnya, lain kali nak buat lg & Ana post kat sini yea..yg ni lak ambik dari dapur Cik Mat Gebu . Kebetulan mmg dah lama terrrr...ingin nak wat & dok simpan ja labu tu dlm peti ais, kang rosak tak pasal2 kenyang tong sampah tu kan...daripada berkawan ngan syaitan...'membazirla tu..' baik Ana buat2 rajin..hihi...tp kan rupa kejadiannya takdelah secantik & nampak segebu Cik Mat Gebu tuh..sbbnya, Ana kurangkan adunan tu kepada separuh, konon2 takut tak muat loyang...rupa2nya..



inilah rupenya...haha..tak seberapa tp rasanya alahaiii...dlm syok2 mkn tu maka berkata2lah si pemakan kek tu.."labu pun blh wat kek???"..percayalah...SEDAP...nak kata cam bingka ubi pun ya tp isinya lembut je..anak2 plak soh buat lagi...hmmm..mana ada labu lagi daa..kena tggu lain hari akan Ana cuba buat yg tercantik skali yea...pehalpun jom kita layan kek yang cuma tinggal nama ni...

rupa kejadian kat dalamnya...nyum..nyum..

BAHAN-BAHANNYA: (ini resepi asal, yg Ana buat tu separuh dari adunan ni)
Anda digalakkan buat ikut adunan asal supaya nampak tinggi & cantik..(",)

3 biji telur gred A (Ana guna 2 bj telur gred C)
1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)

Cara-cara nak buatnya :
  • Griskan loyang dengan butter, tabur sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 175C
  • Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk. (Ana guna garfu je..)
  • Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidak berbintil2. Tuang dalam loyang yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  • Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  • Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...
Tp kan macam biasala, kek @ kuih yang Ana buat takpernah sempat bermalam..habis tang tu jugak..hihi...10Q Cik Mat...

SELAMAT MENCUBA

    Tiada ulasan:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...