Rabu, 23 Jun 2010

NASI LEMAK ANA

Salam pagi buat anda...wah...awalnya Ana bersiaran harini yea..hihi...baru lps sarapan nasi lemak tadi. Kat rumah Ana ni kalau masak nasi lemak mesti sampai tengahari nak mkn nasi lemak tu je, anak2 suka sangat..Alhamdulillah...Adam bawa bekal pergi sekolah agama...bila balik dia cakap.."Ummi, saya nak bawak nasi lemak macam tadi pergi sklh ptg ni..." tandanya sedapla tu kot..hihi...




Jadi sekarang Ana nak kongsikan juadah ni bersama dengan resepinya skali...tryle buat....

BAHAN-BAHAN NASI :
  • 1kg beras
  • 500 ml santan cair
  • 2 cm halia (hiris/tumbuk)
  • 1 labu bawang besar (hiris/tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih(hiris/tumbuk)
  • 3 helai daun pandan (dicarik2 sedikit & disimpul)
  • 1 sudu makan marjerin
  • Secubit garam
 
BAHAN SAMBAL :
  • 5 sudu makan cili kering yang dah dikisar halus...(blh ubahsuai ikut citarasa anda..)
  • 3 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 20 gm belacan *(tak suka takyah bohla)
  • Segenggam ikan bilis (tumbuk bg halus sedikit & ketepikan)
  • 50 ml air asam jawa..kalau takde ganti ngan asam keping je..
  • Seketul gula melaka
  • Garam
  • Air
# Blender semua bahan (*) #


HIASAN YANG BLH DIMAKAN :
  • Ikan bilis goreng
  • Kacang tanah goreng
  • Timun
  • Keropok ikan
  • Telur rebus

CARA MASAK NASI:
Panaskan santan bersama bahan2 di atas kecuali beras, biarkan mendidih, Ana guna rice cooker je...
Bila dah mendidih masukkan beras yang dah dibersihkan, kacau2 sedikit bg sekata. tanak sampai masak.* beras & kandungan santan bergantung kpd jenis beras yg anda guna ya..*


SAMBAL :
  • Panaskan kuali dan tumis bahan kisar bersama cili kering sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi, kacau2 & masukkan sedikit air.
  • Kemudian tambahkan gula melaka dan garam.
  • Tuangkan air asam jawa.kalau kurang dari segi rasa blh tambahkan gula pasir sikit
  • Kalau nak berkuah tambahkan air, kalau tak nak kuah biarkan kering sedikit & tutup api
Bolehlah dihidangkan nasi lemak bersama sambal & bahan2 hiasan yang blh dimakan ...selamat menjamu selera ya...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...