Isnin, 21 Jun 2010

INDULGENCE CHOCOLATE CAKE

Father's Day Cake?? Errmmm...takdelah..Ana buat kek ni saja2 nak makan, pasal anak2 pun mintak kek coklat, pastu Ana gatal2 g jenguk kat dapur Mat Gebu tu maka terpesonalah dgn satu jenis kek ni...


kebetulan lak ada coklat paste kat esbox tu, maka terhasillah kek yg amat-amat sedap & senang ni...ikut tekak Ana mmg sedap ler...orang lain tak pasti lak kan..hihi...tp kan, nak mintak maaf kat Cik Mat sbb dah ejas2 sikitla ikut kesesuaian bahan2 & bekas kat dapo Ana ni..hihi..Ana buat separuh daripada adunan asal yang ada kat dapur Cik Mat tu..tupun dah besar & sgt sesuai untuk 1 keluarga makan..


Haa..mari kita teropong bahan2 & cara nak buat...

Bahan2 :
  • 125 g mentega
  • 170 g gula halus
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu besar coklat paste (kalau takde tak payah boh takpe..nak tukar kpd coklat emulco ok gak)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 g tepung gandum*
  • 50 g serbuk koko*
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1/2 sudu teh baking powder*
  • secubit garam*
  • 162.5 ml susu segar...Ana guna susu cair

#Ayak bahan2 bertanda (*)  ketepikan#

Bahan Coklat Ganache :
  • 1 cawan non dairy whipping cream
  • 250 g coklat masakan diparut/ cincang
  • 1 sudu besar golden syrup...(blh tukarkan kepada madu)

Cara- cara nak buat kek :
  • Lenserkan loyang dgn mentega & alas dgn kertas minyak, lenserkan juga kertas minyak tu dgn mentega.
  • Putar mentega bersama gula sampai putih.
  • Masukkan telur satu persatu, putar lagi sampai kembang
  • Masukkan coklat paste & esen vanila
  • Perlahankan speed pengadun, masukkan tepung & bahan2 diayak tadi sedikit2 di selang seli dengan susu segar @ cair....putar sampai rata & buat sampai habis...dan semestinya berakhir dengan tepung..
  • Tuang ke dalam loyang (Ana guna loyang 8 inci).
  • Bakar dengan suhu 160'C selama 50 minit-1 jam(sampai masakla)
  • Ana cuma guna api bawah (sebab Oven Ana Jenama Elba, tak blh guna api atas bawah..hangus terbakar nanti..)
  • Dah masak, keluarkan dari oven & biarkan didalam loyang selama 25 minit utk mengekalkan kelembapan kek..(kata tuan punya resepi)
  • Sejukkan kek atas redai & bolehlah dihias dgn coklat ganache...
Coklat ganache:
#Didihkan non dairy whipping cream, bila dah didih tutup api & masukkan coklat masakan..kacau sebati..tambahkan golden syrup@madu# sejukkan sebentar sblm guna


Tuang coklat ganache biar rata...Ana taburkan kat tepi tu ngan badam je, pastu hias guna coklat putih yg dicairkan..tu je yg ada dalam peti dapo Ana semalam..haaahaha...

Nyum...nyum.....

Kalau dibiarkan semalaman lagi bagus sbb lebih moist, tp kek Ana ni tak sempat bermalam dah kena kenduri...heheheheeee....sedap...mesti cuba lagi lepas ni...

SENANG SANGAT NIH...TAKNAK CUBA??

2 ulasan:

maz berkata...

yum2 sedapnya... kukus leh x kak?
malas la nk bakar sbb oven kat rumah ni gelong skit.. hehehe

Anna Qawina berkata...

heheh...Maz..dok taula blh kukus ke x...tryla kukus..kalau jadi bgtau akak..tp akak lbh suka yg bakar, dia garing..somi lak suka yg kukus...nanti akak letak kek tuk kukus yea...bnyk resepi kukus2 ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...