Rabu, 23 Jun 2010

BINGKA ROTI SUSU/SANTAN

Ada roti dah nak xpired? tp dah takde sape2 yg nak makan? Haa..meh kita cuba buat bingka ni..sonang jo.....sodap pon sodap..hihi...*pinjam ayat Tok Dalang..Upin Ipin*

Layan gambar dulu yea....

Hah...menitik air liur tak?

BAHAN2 : Ana copy & paste je,pastu ejas2 le mana yg patut kan..nak tgk resepi asal ada kat GERAI KAK MAIZA ni..hihi... 

  • 12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi) 
  • 1 1/2 cawan santan kotak *@ susu cair - tgk bawah*
  • 1 1/2 cawan air*@ susu cair - tgk bawah*
  • 3 biji telur 
  • 1 cawan gula pasir (kemanisan ikut suka) 
  • 1/2 sudu teh esen vanila 
  • 20 gm kismis (untuk tabur-optional)*
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit garam (guna susu x perlu garam) 

**kalau nak guna susu cair pun boleh, 3 cawan susu & x perlu tambah air **

  • Blender semua bahan kecuali roti & kismis
  • Roti tadi dikoyak-koyakkan, potong 4 pun ok je. Masukkan kedalam mangkuk. 
  • Tuang bahan yang di blender tadi kedalam mangkuk roti. Kaup balikkan supaya roti benar2 menyerap bahan cecair tu. 
  • Perap sekejap, 5 minit dah ok, tuang ke dlm loyang
  • Nak lapis2 mcm Ana buat pun ok, tuang roti, pastu tabur kismis, ulang2 sampai habis.
  • Kalau nak bakar kena griskan loyang dengan mentega. Bakar 160'C (bergantung oven la) lbh kurang 30 mnt-45 mnt/ sampai masak (cucuk ngan lidi/garfu..tak lekat tu dah masakla..)
  • Nak kukus pun blh, kukus lbh kurang 20 minit /sampai masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong...
Psstttt!!! Ana makan panas2 lagi sbb tak sabar, sedap juga mkn panas2, pastu ada lak tinggal suku loyang, Ana masukkan dalam peti ais, pagi ni baru makan, laagiiii seedaaaapppp...hihi.

Ha, sekarang kalau ada roti yg dah agak2 nak "tamat edah" tu jgn dibuang yea, buat kuih..cekodok pon blh buat ngan roti tu..janji ada "R" je...
SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...