Sabtu, 3 Julai 2010

AYAM GORENG RANGUP

Salam mesra buat teman-teman...harini Ana nak bgtau anak-anak Ana ke 4-4 tu kena demam campak..maknanya makan kena pantangla kan...tapi ni nak tayang & kongsi lauk ayam yang Ana masak semalam, resepi yang ringkas & cepat nak sediakan memandangkan anak-anak meragam je..tapi hasil begitu membanggakan..SEDAP...padahal bukan banyak manapun bahan2 yang diperlukan...Ana jumpa ni dari Dapur Madiha (dah mintak izin ni..taktaula tuan rumahnya dah baca ke belum) & sekarang Ana copy & paste je kat sini... 


 
Sebenarnya Ana buat banyakla jugak, nak makan2 gitu je, tup tup anak saudara yang ada tinggal kat sini bawa kawannya singgah, diaorang nak balik kampung kat Klate tu, sampai sini pun malam dah, Ana hidangkan makan malamla..jadi rezeki tetamu lah jawabnya..bagi teman-teman yang nak cuba bolehlah cuba yea...



Bahan2
  • ½ ekor ayam ~ potong saiz kesukaan, cuci bersih & tos
  • minyak masak utk goreng terendam
Bahan perap
  • garam secukupnya (jgn byk sgt sebab ada sos tiram)
  • 2 s/k serbuk kunyit
  • 2 s/k serbuk kari ayam
  • 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
  • 1 inci halia ~ ditumbuk halus
  • 2 biji cili padi ~ ditumbuk halus
  • 1 sudu besar sos tiram
Bahan Salut
  • Tepung jagung secukupnya
Cara Menyediakan
  • Gaulkan ayam bersama bahan2 perap sehingga rata. Perapkan anggaran 20 minit.
  • Panaskan minyak dengan api sederhana. Bila minyak cukup panas. Ambil seketul ayam lalu dibalik2kan ke dalam tepong jagung agar seluruh ayam dilitupi tepong. Terus masukkan ke dalam minyak yg panas. Ulangi proses yg sama.
  • Bila ayam garing kedua2 belah, angkat & toskan.
  • Ulangi menggoreng ayam sehingga habis.
SELAMAT MENCUBA YEA

1 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam ana..
terima kasih ye sudi mencuba resepi yg simple dari akak tu.. mmg bahan2nya simple & mudah.. boleh dikatakan mesti ada kat rumah punyalah.. yg penting ayam gorengnya sedap.. betul tak?

p/s: semua resepi yg dipaparkan dlm blog/fp akak sudah semestinya sudah diizinkan utk C&P.. jangan segan2 mencuba & panjang2kannya yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...