05 Julai, 2010

APAM GANDUM

Pink karer...wahhh...saya suka warna pink..huh...itulah puteri Ana..Damia tu memang suka pink-pink nih...Ana buat warna pink sebab Ana guna susu tepung perasa strawberi, nak letak susu coklat kang jadi lain lak kan....jadi Ana tambahkan sedikit pewarna merah...maka terhasillah juadah untuk minum petang semalam..


Nampak sememeh sikitla sebab belum betul2 sejuk dah potong..hihi..kebetulan hari hujan, makin sedap makan panas-panas ni...

Bahan-bahan:
  • 2 1/4 tepung gandum
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 paket mauripan
  • 1 1/2 cawan air suam
  • Pewarna ikut pilihan
Cara-cara :
  • Satukan tepung gandum dan tepung susu.
  • Masukkan gula dan gaul rata.
  • Buat lubang di tengah2 bahan tadi dan asukkan mauripan.
  • Masukkan air suam dan kacau yis bersama air suam itu.
  • Bila yis dah berbuih gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  • Masukkan pewarna dan kacau.
  • Perap adunan sebentar sehingga naik.
  • Panaskan kukusan.
  • Sapu minyak pada acuan dan kukus selama 20 minit..
Makan dengan kelapa parut tapi kuih apam ni rasanya cukup manis kalau nak makan tanpa kelapa pun.

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...