09 Julai, 2010

KEK OREN

Cik Abe Ana ada belikan buah oren, dah 2 minggu, banyak jugakla, tapi yang makannya cuma 3 4 biji je, yang lain dah tak siapa sudi...sebab...masam...huh...terperit2 muka makan oren tu, last2 anak-anak yang buat main campak-campak,  dari buang saje Ana try buat kek, cari-cari jumpa lak resepi kat blog Kak Ina~riaputih ni..katanya asal resepi dari MyResepi.com tapi dah pun diolah sedikit..


Kek ni lembab & lembut, tapi macam biasala anak2 Ana jeling je, paksa gak makan, nak ambil hati kot diaorang ambil sikit..hihi....kejam ek? huhu..Budak-budak suka kek yang ada warna2 coklat je...kek yang biasa2 kalau takde buah-buah & kekacang dalam badan kek tu, jenuhla Ana dok kunyah sorang-sorang. Kek ni Ana buat separuh je dari adunan bahan-bahan ni. Sekarang Ana kongsikan kat sini...

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cwn butter/planta
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 5 bj telur A
  • 1 1/2 cwn tpg. naik sendiri..*
  • 1 cwn tpg. kastad
  • 1/2 cwn tpg. gandum..*
  • 1 1/2 camt esen vanila
  • 1/2 camt soda
  • 1 camt baking powder
  • 1/2 cwn jus oren sunkist (1 bj)
  • 1 1/2 camb kulit oren sunkist yg diparut
  • 2 camb susu pekat
*(tpg naik sendiri) Ana guna tepung gandum kesemuanya 2 cawan, diayak 3 kali*

Cara-caranya :
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, esen, susu pekat, jus oren dan kulit oren yang diparut, gaul rata.
  • Masukkan pula semua jenis tepung yg diayak bersama soda dan baking powder.
  • Tuang ke dalam loyang yg telah digris dan bakar pada suhu 185'C selama 50 min atau sehingga masak.


Kalau jus oren tak ada, boleh masukkan pati oren sunquick tu..mana2 yang adala...
 
SELAMAT MENCUBA


Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...