Sedapnya makan bubur petang-petang kan? Tapi bubur yang Ana tayangkan ni Ana buat semalam, untuk juadah petang semalam la..dah habis pon..hihi...jom kita layan...
Macam mana nak buat? hihi...ada ke yang macam Ana ni? Nak masak apa-apa kena tanya orang dulu, bukan apa, kurang mahir bab-bab masak ni...jadi kat sini Ana letakla juga resepi mudah ni, mudah-mudahan ada adik2 & kawan2 yang rasa nak cuba buat tapi kurang mahir tu boleh tengok..kalau terkurang tu ampun maaf le ya...
Bahan-bahan :
- 300 gram kacang hijau
- 200 gram gula melaka (boleh ikut kesesuaian)
- 150 gram gula pasir (nak kurangkan pun ok)
- 2 cawan santan pekat(Ana guna santan kotak)
- 2 liter air
- 50 gram sagu halus
- 2 helai daun pandan
- sedikit garam
- 4 ulas durian
Cara-caranya :
- Rebus kacang hijau hingga kembang (jgn sampai pecah).
- Masukkan daun pandan, biji sagu, gula melaka, gula pasir & garam. Kacau2 bagi sebati & gula larut.
- Masukkan durian & biarkan mendidih.
- Tuangkan santan & tambahkan air mengikut keinginan anda..Kalau nak pekat kurangkan air..
- Biarkan mendidih kemudian diangkat.
- Sedap juga dimakan sejuk2..
*Kalau suka isi durian tu pejal di dalam bubur, masukkan durian tu selepas masukkan santan*
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan