09 Julai, 2010

DONAT

Pagi-pagi sarapan dengan kuih-muih seronok kan? Tambah-tambah lagi kalau kuih tu kita sendiri yang buat, berkat air tangan ibu menyediakan makanan yang bersih dan tentunya halal untuk keluarga sendiri, agar anak-anak terbentuk dengan acuan & didikan yang baik hendaknya..InsyaAllah. Harini Ana goreng donut, adunannya Ana dah buat petang semalam, dah siap tu goreng sekejap & sejukkan sebelum disimpan dalam peti ais. Pagi ni nak makan goreng je sampai masak, sekejap je...


Gambar donat ni mungkin tak membuatkan mata yang memandangnya berbunga-bunga, tak juga melelehkan air liur anda..tapi bagi Ana yang baru belajar menguli & menggentel donat ni, cukup puas hati, yelah nanti dah biasa buat jadi cantik le kan? :P

Sumber : Kak Maiza

Bahan-bahan :
  • setengah bungkus yis mauripan 
  • 2 sudu besar mentega 
  • 3 sudu besar gula 
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • secubit garam
##Blend semua bahan2 diatas dgn secawan air masak##
  • 1/2 kg Tepung gandum 
Cara-cara :
  • Masukkan tepung gandum di dalam mangkuk.(simpan sedikit tepung, boleh tambah kemudian jika adunan lembik)
  • Kemudian masukkan bahan2 yang diblender tadi ke dalam mangkuk tepung. Gaulkan sebati.
  • Uli adunan sampai jadi doh yang lembut & tidak melekat kat tangan. Kalau lembik tambahkan lebihan tepung tadi.
  • Biar adunan naik lebih kurang dalam stgh jam
  • Bulat2kan sama saiz kemudian bentukkan donut, nak senang guna acuan donat.
  • Dah siap tu, biarkan donat tu kembang sekejap dalam 5-10 minit
  • Goreng dengan api yang perlahan..minyak jangan terlalu panas...agak2 dh kuning keemasan..angkat & toskan minyak.
  • Gaul dengan gula halus @ nak hias ikut suka dengan coklat cair pon ok... 

*kalau nak simpan goreng donat sekejap, separuh masak & sejukkan sebelum disimpan dalam peti ais.*

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...