Isnin, 5 Julai 2010

LEMPENG KELAPA

Pagi ni Ana tak sempat nak masak lebih-lebih, penat & mengantuk belum hilang, sbb anak-anak demam ni, malam-malam meragam jela...cuma sempat membancuh menu ringkas2 je, yang pasti takde telur..Menu lempeng ni dapat idea dari facebook Myresepi Mamajay..sekarang dah ada blog MamaJay tau...jom kita layan lempeng dulu...


Lempeng ni patutnya cicah dengan sambal bilis tapi dah tak sempat masak sambal, jadi cicahla dgn kuah kari ikan lebihan semalam, belum basi lagi tau..hihi...tapi kan kalau letak gula melaka yang diracik halus dalam adunan tu sedap juga kot, tak payah cicah, blh makan gitu je...

Ni bahan-bahan yang simple tu :
  • 1 Cawan kelapa parut
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 3/4 -1 cawan air (blh ditambah jika terlalu pekat)
Cara-cara :
  • Gaul sebati semua bahan kecuali air.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit & kacau sebati. Biar adunan tidak terlalu pekat tidak juga terlalu cair.
  • Panaskan kuali leper & sendukkan 1 senduk kecil adunan tadi, juka suka boleh gunakan sedikit minyak@planta.
  • Biar sedikit garing & angkat & hidangkan dengan sambal bilis @ kuah kari.
*Pastikan guna kelapa parut yang tidak terlalu tua* 

SELAMAT MENCUBA

1 ulasan:

Qaseh Maiza berkata...

lama x mkn lempeng..zaman2 arwah tok ada dulu dia rajin buat..igt lag..xdan yg dlm kuali masak..yg dlm pinggan dh abis..cucu ramai...hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...