Rabu, 11 Mei 2011

Bendi Sambal Telur

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesempatan bersiaran di hari yang indah ini..bagaimana dengan kawan2 yer..sihat hendaknya..Alhamdulillah.

Dah plan nak masak apa tengahrini ni? Pening jugak kan asyik fikir menu jer..syukur ada kemudahan untuk meng'google' segala menu yang dirasakan perlu..hehe..maka harini Ana nak ucapkan terima kasih buat Kak Dayang yang share resepi ni..biasa kalau bab sayur ni lemah sikit nak masak, maklumle, berdua je makan..anak-anak akan pilih2 je sayur yang dirasakan nak makan..Kalau bendi ni sah-sahle diaorang tak makan..

Izinkan Ana kongsikan resepi mudah & sedap ni kat sini lak, ratah gitu je pun sedap ni..kira bendi ni lebihan buat asam rebus semalam..
**Tips yang jumpa kat blog Izah,..katanya dari Kak Nor Secubit Garam..agar bendi yang dipotong tidak berlendir**
-bersihkan bendi kemudian toskan bagi kering airnya/lap kering bendi sebelum dipotong
-pastikan pisau & alatan yang digunakan juga kering.
**dah cuba..berjaya..hiii..terima kasih untuk tips tu..

Bendi Sambal Telur
Sumber : DJ@Dapurku Sayang


bahan-bahan : tiada sukatan

  • bendi secukupnya (dicuci bersih dengan air bergaram dan dipotong menyerong)
  • bawang merah (dikisar/ditumbuk lumat)
  • sedikit belacan bakar (ditumbuk)*Ana guna petis udang
  • sedikit ikan bilis halus (ditumbuk kasar)
  • sedikit cili giling (DJ guna cap Puteri)
  • telur (sebiji pun cukup)
  • kicap manis
  • sos tiram - optional
  • garam jika perlu
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan tumbuk dan cili giling hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan kicap, sos tiram dan garam jika perlu. Kemudian, pecahkan telur. Kacau rata-rata.
  3. Akhir sekali masukkan bendi. Gaul-gaulkan hingga masak.
  4. Angkat dan hidangkan.

5 ulasan:

anymz berkata...

salam anna
hah elok lah tu.makan bendi banyak2..senang nak bersalin.eh!ya ka tu?..
ada lagi tak tu?akak nak semangkuk.nak makan dgn nasi sejuk...hahaha

Mas berkata...

wehhhhh...banyak lagi ke bendi kau tu..
kasi aku sikit...
sedapp lak tengok bendi sambal telur tu...
lama dah tak buat...he..he..

tun_telani berkata...

sadepnyer.. tun plg suka makan bendi nih.

Sue @ Nenie berkata...

Salam..Emmm sedapnya bendi goreng cenggini..peberet ni..ratah pun sukeeee

nOOrsha berkata...

bende mmg peberet kite..sedapppp....nyumnyumm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...