Khamis, 12 Mei 2011

CHOCOLATE RICE BANANA MUFFIN

Assalamualaikum..
Kelewatan lagi bersiaran harini..biasala pagi-pagi kena siapkan urusan anak-anak dulu, termasuk urusan rumah yang tak bertangga ni. Sambil-sambil tu je boleh update..Harini nak kongsikan sedikit menu penghabisan tentang pisang..jenuh nak perabihkan setandan pisang emas..hihi..tapi muffin ni semua dah licin yer..anak-anak bawak bekal pergi sekolah, Adam suka sangat, lembut katanya..pagi bawak 2 ketul je, balik sekolah agama tu awal-awal lagi minta nak bawak 4 ketul lak ke sekolah kebangsaan..kiranya moist yang amat, sebab Ana lebihkan pisang tu..kini tamatle riwayat setandan pisang emas..udah dibawa belayar..hehe..


Resepi ni sebenarnya asal dari MARBLE BANANA MUFFIN yang buat sebelum ni, kali ni buat biasa je, tak letak warna coklat tu, cuma gaulkan dengan choc.rice & tabur juga atasnya..tak sah takde unsur2 coklat untuk budak-budak..


Maaf la yer..gambar ni semua snap malam-malam buta..pukul 12 tengah malam baru siap..hehe..

CHOCOLATE RICE BANANA MUFFIN
Sumber resepi asal : Marble Banana Muffin by Rima
Sumber : Izah Daut
Olahan : AnnaQawina

Bahan:
A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula kastor 
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam

B

  • 1 biji telur (L)
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
  • 1 cawan pisang lecek kasar *kali ni Ana lebihkan menjadi 1 1/4 cwn*

Topping: Chocolate Rice


sebelum bakor..

Caranya: 
  • Ayakkan tepung bersama baking powder 
  • satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan. 
  • Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. 
  • Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. 
  • Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. 
  • Masukkan chocolate rice & gaul sekata je
  • Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan 3/4 penuh dan taburkan chocolate rise
  • Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit api atas bawah.

5 ulasan:

Mas berkata...

mapin ni best kan anna...
aku pun dah try dulu..

tun_telani berkata...

waaa.. tahniah kerana berjaya habiskan pisang ^^ nk mintak mapin pun dh 'selamat' mapin ni kan.. pasni cuti dr pisang sebulan. hihi

Noorma berkata...

aku berhenti jap buat segala kek dan mapin ni..asyik bantat jer...tension aku...meh lempor kat aku seketui...hehehe...

mamawana berkata...

Assalam,

Masya allah sedapnya .....

anymz berkata...

assalamualaikum
yuuuhuuu...puan rumah buat apa tuuuuu?sedang berlingkau ke tuuuu?..
hehe..nak angkut muffin..dah habis ek?..balik lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...