Khamis, 18 Julai 2013

9 RAMADHAN 1434H : AYAM GORENG BERCILI & PETOLA SAYUR PEDAS

Assalamualaikum w.b.t

Dah beberapa hari tak sempat nak kongsi juadah, bagi idea cikai2 kat sape2 yang buntu..konoon..harini nak kongsi menu biasa2 amat kat dapur saya. Menu cenggini yang menjadi kesukaan anak-anak, pedas2 pun layan. Digandingkan pula dgn sayur air pedas, memang laju anak-anak makan menambah-nambah. Seronok kan..harap bermanfaat InsyaAllah.

RESEPI AYAM GORENG CILI PADI
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
  • Setengah ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah*
  • 8 ulas bawang putih*
  • halia*
  • segenggam cili api @ kurangkan jika tak mau pedas - *tumbuk lumat
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 3 sdb sos tiram
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato - dipotong berbaji
Cara-cara :
  • Ayam digoreng separuh garing, ketepikan
  • Tumis bahan tumbuk dengan sedikit sahaja minyak masak. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan sos tiram, air kacau hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tomato, kacau hingga sebati bersalut. Masukkan bawang besar tadi. Angkat dan hidangkan panas2.
************************************************
PETOLA SAYUR PEDAS

RESEPI PETOLA SAYUR PEDAS
Sumber : Mak saya..

Bahan-bahan :
  • 1 batang petola - dibuang kulitnya yg tajam & potong serong
  • 1 cekak pucuk daun meranti / pucuk manis (jika suka)
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih *
  • 10 biji lada hitam *tumbuk lumat bersama
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping kecil asam gelugur (x suka xyah letak)
  • Air secukupnya

Cara-cara :
  • Panaskan air secukupnya dalam periuk. Masukkan sekali bahan tumbuk tadi.
  • Biarkan mendidih, masukkan petola yang dah siap potong. masak hingga petola empuk. Masukkan asam gelugur dan garam
  • Kemudian, masukkan daun meranti, biarkan mereneh seketika,bolehla tutup api & hidangkan.

SELAMAT MEMASAK

 

11 ulasan:

mama sara nur berkata...

Assalam
Dua-dua sedap ni

EmbunRosaliza berkata...

Assalam anna, kalo ada budu lagi sedap ni, anak2 dan ayam tak boleh di pisahkan

Cida de' Nuanza berkata...

sedap ayam tu...mesti pedas kan..membuka selera

Cendana Kasih berkata...

permintaan, permintaan... nanti kelik kapong please la tgk mcm mana mak ko buat air lada tu.. pastu leh tepek kat blog ni.. idak pun, ko boleh bukak biz air lada..aku pelanggan pertama nk order sekilo...hahaha....sedap wooooo... aku makan sikit2 jer..sayang sangat...harap2 dapt la tahan lama...apapun, time kasih atas permberian istimewa tu.. sayang ko !!!

LiNa_Pg berkata...

Assalam anna, budak2 ayam ajerlah yg deme suka.Samalah kat umah akak ni lauk ayammmmm jer manjang huhu..
Nampak sedap tuh, nanti akan dicuba jugak

JaSSNaNi berkata...

assalam..
saya pun suka ayam buat camtu.. lagi2 pedas.. :) mmg membuka selera sungguh kan.. sayor sup camtu utk balancekan pulak.. takde la perut nak meragam kan.. :D memang terbaik..

AhliaSaleh berkata...

Sedapnye ayam pedas tu..lame xmkn petola..

Liza berkata...

salam ana, masak air petola tu best kan, sama dgn cara arwah mak akk, cuma dia tambah ikan bilis tumbuk kasar..

Ayu berkata...

Assalam anna, lauk yang memang ngam betul gandingannya tu..sedapp..
nasi ada tak?..hehe

tenku butang berkata...

hai.. salam kenal,
follower no.700
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

sedap yg amat dah tu anna.. kat rumah akak pun masak lauk2 sempoi je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...