Jumaat, 19 Julai 2013

10 RAMADHAN 1434H : ALMOND LONDON NESTUM & AL-FATIHAH BUAT ARWAH

Assalamualaikum w.b.t.

Perkongsian hari ini ada bau-bau lebaran ya. Sedikit pahala mahu disumbangkan buat arwah SH.Rodziah em
punya resepi biskut Almond London yang rangup ni. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman & bahagia disisiNya. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Sumbangan arwah cukup besar bagi sesetengah manusia macam kami ni..InsyaAllah kita panjang-panjangkan.

Ada yang tercari2 resepi dah ni kan, apa kata buat biskut ni dulu, buat banyak2, kemudian simpan dalam bekas kedap udara, dah hampir2 raya atau nak jual baru celup coklat beramai-ramai..meriah yuuu..


Resepi ni dapat dari blog Noor Masri@Dapur Digital. Terus terpikat utk mencuba buat jualan raya tahun ni, Alhamdulillah cukup puas hati. Terima kasih Noor Masri & arwah yang berkongsi resepi. Mari kita panjang2kan agar dapat beroleh keberkatan & kebaikan bersama. InsyaAllah

RESEPI ALMOND LONDON NESTUM
Sumber : Arwah SH.Rodziah & Dapur Digital

Bahan-bahan: 
  • 250gm mentega
  • 100gm gula kaster
  • 50gm nestum(kalau nak kisar boleh, tak kisar pun ok)-saya kisar halus
  • 100gm tepung jagung
  • 200gm tepung gandum(secukupnya) - saya ikut Noor Masri menambah 30g lagi utk mendptkan doh2 yg sedang elok
  • Kacang badam secukupnya (dipanggang)
  • 1 sudu teh esen vanilla - resepi asal tak ada,*saya x letak
  • Almond nib secukupnya sbg hiasan.
  • Coklat masakan
  • Papercup

Cara2 membuatnya:

  • Putar mentega dgn gula hingga sebati
  • Masukkan nestum dan putar(sekejap shj) hingga adunan sebatii
  • Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata-guna senduk
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut
  • Rehatkan dlm 15 minit & ditudung dgn kitchen towel yang lembap
  • Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan samada bulat atau bujur.
  • Bakar pada suhu 170 dlm 20 - 25 minit

Untuk salutan coklat:
1)  Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boiling.  Bila coklat dah cair, celupkan biskut menggunakan penyepit dan masukkan terus dlm papercup dan tabur sedikit almond nib diatasnya.

2)  Buat hingga habis dan biarkan coklat beku, baru dimasukkan dlm container kedap udara

SELAMAT MENCUBA
***************************************************
Dijual dalam 2 saiz bekas : 25++pcs/balang & 50++pcs/balang dengan harga berpatutan. Saya menggunakan coklat compund Selbourne utk salutan dan sebiji almond panggang didalam biskut.InsyaAllah berpuas hati dengan nilai & harga yang dibeli.

4 ulasan:

EmbunRosaliza berkata...

Assalam anna, alfatihah buat arwah, besar jasa beliau.

Boleh di cuba utk tahun ni ni, tq anna

Anna Qawina berkata...

Walkmslm kak Liza..insyaAllah cubala..

Atul Syeheen berkata...

salam kak anna .. alfatihah utk arwah..
kak anna, nak taye..macam mane nak buat salutan coklat tu nampak berkilat cantik ye?

Anna Qawina berkata...

Salam Atul Syeheen : guna coklat berkualiti. Blh juga letakkan sdkt butter dlm coklat tu kalau nk kilatkan..sikit je ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...