Rabu, 5 Januari 2011

KARI AYAM KERISIK

Menu untuk tengahari & malam ni..resepi dari majalah SDK tahun 2006..dah ubah2 sikit ikut kesesuaian bahan2 yang ada & berapa mulut nak makan..buat banyak2 nanti tak habis pulak kan..

maaf gambar krg memuaskan, snap masa anak2 nak mkn tadi..

Sedap kari ni mungkin sebab ada kerisik..baunya harum menusuk..heheh..meh kita layan resepinya, kot2 ada yang nak cuba..Oh ya..ada sape2 buat roti tak harini? Nak mintak sikit, nak cicah kari..hihihiii

Resepi Kari Ayam Kerisik Ana
Bahan-bahan :
  • 3 biji ubi kentang, dibelah 2
  • 1/2 kg ayam, dipotong & bersihkan
  • 4 sudu besar rempah kari ayam/daging @ 1 peket kecil
  • 4 ulas bawang merah kecil *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia * (bhn2 bertanda * dihiris halus)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 keping gula melaka
  • 200 ml santan kotak dicampur 200ml air @ ikut kepekatan yang diingini
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa @ setengah peket kecil (paket 40 gm)
  • Garam & gula(jika suka)
  • Minyak utk menumis

Cara-cara :
  • Tumis bawang yang dihiris halus bersama bunga cengkih, kayu manis & bunga lawang.
  • Kacau2 sehingga naik bau.
  • Bancuh rempah kari dengan santan & halia.
  • Masukkan ke dalam bahan tumisan tadi & dikacau2. Biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan kentang bersama ayam & sedikit air @ santan cair. Kacau sebati.
  • Tambahkan gula melaka & santan yang selebihnya tadi,  Biar hingga ayam masak & kentang empuk.
  • Masukkan kerisik, kacau2 bagi rata.
  • Tambahkan garam & gula (kalau dah letak gula melaka, gula tak payah letak )
  • Angkat & hidangkan

SELAMAT MENCUBA...

3 ulasan:

Nieza berkata...

salam ana...apa khabar? sedap ni berbau harum kerisik sampai ke dapur saya dh ni....nk singgah mkn sini lah...hehe

LinRosLy berkata...

Salam Anna...

Kari Ayam Kerisik..Sedap Bangat Ni..

izahdaut berkata...

kalau makan kat gerai, ada jugak masak cam ni letak kerisik.memang lemak dan wangi..nak try la jugak.ada lagi skeet kerisik tah jaman bila dlam esbox tu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...