Jumaat, 7 Januari 2011

APAM GULA MELAKA

Ramai yang suka makan apam buat sarapan kan? Kali ni Ana buat apam lepas semua dah clear..budak2 dah g sekolah & incik asbend dah ke tpt kerjanya..hihi..Elok je siap, anak-anak balik dari sekolah agama, ngap..ngap..4 5 biji, pastu bagi diaorang bekal ke sekolah petang lak..yang tinggal ni pun ada 6 biji, sempat ke tak ni nak buat minum petang dengan Cik Abe petang nih tak tau ler..hehe..


Adunan ni Ana dapat dalam 18 biji, tapi hanya 1 biji yang sanggup tersenyum..yang lain muram jek..heheh..


Resepi di'copy' di rumah : Izah. tayangan ada juga di rumah .Mas

APAM GULA MERAH

Bahan :
  • 125 gm gula pasir* saya letak 100gm
  • 125 gm gula Melaka - dipotong kecil2 * saya letak 100gm
  • 150 ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½  sudu teh soda bikarbonat
  • ½  sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak
  • Papercup secukupnya. *Ana tak guna pun
     

Cara :
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
siap tersenget2 naiknya..hehe..

Nota Izah:
  • untuk dapatkan apam yang senyum kena letak dalam papercup atau jika guna acuan, jangan sapu minyak dalam acuan tu.
  • jangan tuang adunan ke dalam acuan atau papercup sampai penuh, biar berbaki suku dari acuan atau papercup sebab adunan akan naik nanti.
  • kukus dengan api kuat dan jika air kukusan berkurangan, tambah air panas dalan bekas mengukus tu .
  • tunggu air kukusan betul2 mendidih baru masukkan adunan apam yang hendak dikukus dan lapik penutup dengan kain dan pastikan penutup ditutup kemas.

8 ulasan:

Arizakiah berkata...

Cantik sangat walaupun tak merekah.
Acuan tu beli kat mane?

K.Nor berkata...

ana, cuba letak papercup dulu dlm acu merah tu. bila ada papercup, adunan dpt grip/pegang pd kertas tu baru ia boleh merekah. kalau kita letak direct dlm acu lompang merah tu, acu tu kan licin, tu yg adunan tu naik terus jer.. try la ya..

izahdaut berkata...

ana..ko sapu minyak ke?klu letak dlm paper cup musti kembng ni...haha, satu je sanggup senyum ekk

Anna Qawina berkata...

Arizakiah : hehe..acuan tu saya beli kat kedai jual brg kek je..murahje tu...

Kak Nor : masalah problemnya...saya kat umah ni takde cup kertas tuh, ada yg besar gedabak, kang boh dlm acu tu berkeropot jadinya ..*pernah wat dulu..* hihi
btw..t.kasih tips..lain x kena beli cup..

Izah : takde letak mnyk pong...takpela janji yg mkn tu tersenyungggg je, ok hape..ngeh..ngeh...

Mas berkata...

anna..sedapp kan apam ni...mas pun suka..memang kena letak dlm papercup baru apam tu senyumm..tak pe...yg penting sedappp...kan anna..

Noorma Ismail berkata...

hahaha..umah kita buat apam eno... meh kita tukar yer...

LinRosLy berkata...

Salam Anna...
Menariknya Apam Gula Melaka Tu Comel2...

MamaJay berkata...

Assalammualaikum Anna..cantik apam tu..nanti mama nak cuba jugak lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...