Khamis, 6 Januari 2011

BEST CHOC MOIST CAKE

Kek ni diminta oleh biras untuk harijadi anak bujangnya yang jatuh pada 31 Disember lepas..harini baru nak tayang...ngeh..ngeh...malas ke hape nih?


Kek ni sedap, bahan simple & kejadiannya cukup besar, sesuai sangat nak buat makan2 ramai2..sempatla rasa sikit masa datang ke majlis haritu, kami sampai pun dah lewat, kek dah tinggal seciput...dalamnya Ana layer dengan buttercream resepi Kak Nor, kemudian letak lagi filling blueberry.. 


Abaikanle deco yang keras tangan tuh..asyik2 bunga cina je keluarnya..hehe..buttercream yang sedap, senang nak guna. Atas tu Ana buat plate choc., masa nak letak atas kek, patah pulak..jadi tengah2 yg patah tu letakle blueberry filling..nampak pelik kan? Huhu..tp kata empunya yg order..sedap..bila nak balik, jiran biras tu datang tanya & risik2 "kalau nak tempah macamana?" ..hehe..rezeki InsyaAllah..

Copy : Kak Wattie
BEST CHOC MOIST CAKE
By courtesy of Allrecipe.com - tks yer

Ingredients :(loyang 9 inci)
  • 1 cup margarine
  • 1 3/4 cup sugar
  • 3 eggs
  • 2 1/2 cups multi-purpose flour
  • 6 tblspn unsweetend cocoa powder
  • 1 1/2 teaspn baking soda
  • 1 1/2 cup fresh milk
  • 1 1/2 teaspn vanilla essence
  • 1 teaspn salt

Instructions :
1. Preheat oven to 175 Deg Cel.
2. Grease and line 9x13" pan.
3. Sift together flour, baking soda, cocoa powder and salt.
4. Cream together margarine and sugar until light and fluffy.
5. Beat in eggs one at a time, then stir in vanilla.
6. Beat in flour alternately with milk, mixing just until incorporated.
7. Pour batter into pan and bake for 40-45 mins. Allow to cool on a wire rack. Garnish as desired.

Buttercream Kak Nor:
Buttercream (My Style)
~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek

  • 250gm butter
  • 75gm shortening
  • 125gm gula icing
  • 1 sudu kecil vanila
Cara:
  • Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
  • Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
  • Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  • Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
  • Boleh la digunakan utk mendeco.

*Kalau utk membentuk roses/swirl dll
gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih
lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan.

* Kalau nak buat chocolate/ganache buttercream:
(tambahkan kedalam adunan buttercream yg basic td)

100gm cooking chocolate

cairkan secara double boil dan sejukkan sebentar.
Masukkan dlm step terakhir bila adunan BC dah cukup kembang.
Pukul hingga sebati lebih kurang 3 - 5 min.

Tip2 dlm membuat BC:
1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik
2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata
3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan.
4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya.
5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.



Terima kasih buat Kak Nor & Kak Wattie utk ke 2-2 resepi ni..rasanya siapa2 yang nak buat kek makan ramai2 sesuai le...

14 ulasan:

Nieza berkata...

salam ana..rajinnya buat kek nieza teringin juga nk try2 mendeco tu tapi lum pandai lagi takut lak nk mencuba...ana buat tu kira pass dah ler tu..:)

hana berkata...

mak aihhhhh lawonyerrr... klu dpt sepotong syoknyer na! meh suapkan aku... kekekeke

K.Nor berkata...

terharu pulak rasanya bila ana guna resipi buttercream ni.. siap dgn resipi dan tip2 tu sekali ana post kat sini.. mekasih ya ana sudi try resipi yg tak seberapa ni .. :)

zarin berkata...

lawa lah kek ni...psst tk lama lg boleh bukak kedai kek la pulak ye ;-)

Anna Qawina berkata...

nieza : takdenya nak lawa mana eh..taram jek..kihkih..dah org tu nak sgt kita buat tp kek tu sedap tau..tryle..

Hana : takleh nak suapkan..kita pong sempat rasa seciput jer, segan nak ambik bnyk, kang tuan rumah kata buruk siku lak..heheh..

Kak Nor : saya lg terharu sbb jumpa rsp ni, jumpa pun kat dapo Hana di Jepung nun tau, pastu baru masuk dapo kak Nor..ngeh..ngeh..t.kasih kak..

AZLITA AZIZ berkata...

cantik nyer... suka3... klu dapat makan lagi suka kan.... betul3...
pandai ana deco2 ita ni dulu kecik2 tangan mak tak bedung tu yg keras semacam aje.....hihihi

Suara Kalbu berkata...

Kak Anna,
Jom la tukar ngan cheese cake ida ? Hihihihihi..
Cantikla ni kak. Boleh try nanti utk makan makan

HaSue berkata...

naa...nak sebijik terus.x cukup sepotong nih..minggu depan aku amik yer naa..ko wat sebijik tuk org lepas pantang mggu depan yek..yekk

Norasikin berkata...

Besar juga belanjanya tu kalau dilihat dari bahan-bahannya. Agak-agaknya kalau jual kek tanpa cream berapa RM?

Anastasyea Aida berkata...

Nampak pun tau, mesti sedap .. ^__^

www.anastasyea.com

Tanpa Nama berkata...

Nk tanya,if ganti krimwell dgn shortening boleh tak

Anna Qawina berkata...

Cik Puan Tanpa Nama : takde guna krimwell pun dlm rsp ni ..ke apa maksudnya?hehe

DJK 1A berkata...

Dalam MIngguna Wanita Edisi Khas AidilFitri 2012 , resepi KEK CAWAN CHOCOLATE MOIST menggunakan tepung jenis apa ?

DJK 1A berkata...

Dalam Mingguan Wanita Edisi Aidilfitri 2012 , resepi KEK CAWAN CHOCOLATE MOIST menggunakan tepung jenis apa ? Tepung gandum atau tepung kek ?