Isnin, 3 Januari 2011

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM

Menu yang dimasak tengahari semalam, membawa ke makan malam..hehe..memang kalau hari cuti, masak sekali je,pastu pandai2la nak panaskan ke, nak makan ke tak nak ke..janji ada lauk nak makan kan..


Mas dah buat, rasanya masa masak tu sama kot, cuma Mas dah tayang awal2 lagi..heheh..sedap kan Mas? Ana buat berkuah sikit, sebab nak ambik kuahnya tu gaul dengan nasi,(masa mkn tghri tu Ana mkn ngan ank2 je..incik somi ada jemputan kenduri..hehe..) ..tapi bila nak mkn malam kenala mask sayur & kuah sikit sbb Cik Abe nak makan sama....


Terima kasih buat Makcik Izah yang mengesyorkan menu nih..errr..makcik?? ngeh..ngeh..jangan marah yea Izah...nanti kena jual...Rasanya ai lebih 'makcik' dari u tau...

Sumber : Kak Dayang
Copy : Izah, Mas
 
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional 
  • 1 sudu makan cili giling 
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)..*Tak letak
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih..*Tak letak
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya - * tak letak
  • sedikit garam
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih. 
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak. 

3 ulasan:

Mas berkata...

anna...sedapp kan anna ayam ni, mas pun kena buat lagi nnti..bebudak tak puas mkn lagi...

izahdaut berkata...

loo tak letak jintan ke...kurang umpp la ..haha.. weh lebih makcik ye?aloo akak la cam tu..akak ana..akak ana..hari ni busy tak anak2 nak ke sekolah...hehe.

Anna Qawina berkata...

Mas :coba lagi & lagi..hihi

Izah : mmg bz..pg2 bute dah siapkan bekal nak..3 sekali gus sklh tau...
sbnrnya jintan ada tp kena blend, malas ai..ngeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...