Isnin, 3 Januari 2011

AYAM SOS HITAM BERAMPAI

Hari pertama persekolahan, pagi sampai tengahari dapur jela tempat paling sesuai..dengan sarapan..bekal anak2 ke sekolah agama & makan tengahari sebelum anak2 nak ke sekolah rendah lak..sambil2 tu berbekal jugak...bekal yang ringan & mudah je, roti..hehe..


baru pagi tadi nampak menu ni kat rumah kak Yatie..terus buat, maklumla, budak2 senang sikit nak makan lauk ayam..buat bagi ada kuah2 sikit...cuma kak Yatie buat ada kacang panjang, Ana takde stok, letak lobak & tomato je

Sumber : Kak Ummi
Tertawan di rumah : Kak Yatie

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - dipotong nipis
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 sudu besar kicap pekat ABC (Heinz) - kicap ni mmg hitam pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/4 sudu kecil lada hitam yg dikisar
  • sedikit air
  • 5 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci pjg.*Tak letak
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 tangkai cili hijau/merah - dipotong serong..*Tak letak
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Ayam dibersih, ditos dan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ayam masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan +- 3 sudu besar minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kesemua sos, serbuk lada hitam dan sedikit air, gaul rata sekejap.
  4. Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa dan masak biar ayam bersalut mesra.
  5. Akhir sekali masukkan semua sayuran, cili dan tomato. Kacau sekejap jgn layu sangat.
  6. Angkat dan hidangkan.
 Selamat Mencuba 

**maaf...kat gambar tu silap edit..*hitam 2 kali? *..heee

    Tiada ulasan:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...