Rabu, 4 Februari 2015

OMBAK RINDU..

Bila rasa rindu menerpa...rindu Mek..rindu Ayah yang sedang sakit..rindu suasana kampung & bau2 hutan tiap kali bangun pagi..apa daya, hanya gambar pengubat jiwa..
Destinasi paling mengujakan anak2 & semua yang balik kampung, wajib datang mandi 2 kali sehari tiap2 hari..
Motor tua yang digilai anak2 bila Atuknya nak kemana2..motor tua & tuannya inilah yang banyak berjasa kpd.kami untuk menapak ke sekolah..


Halaman tak sebesar mana tapi cukup untuk mereka berlari2 mengeluarkan peluh..sekali pijak tanah, susah nak panggil naik rumah..

Tapai pulut idaman kalbu, hasil air tangan 'Mek' yang sentiasa kami idamkan..beliau tak sihat tapi bila anak2 menantu balik mesti buat ni, sekarang hanya bagi arahan je..memang terrbaeekk..


Rumah itu dunia aku...dalamnya dihuni mereka berdua yang melahirkan & membesarkan kami..

Abang & adik ipar..posing maut ditepi jambatan yang runtuh semasa banjir besar 2014..terima kasih abang & kakak serta ipar2 kerana sentiasa mengambil berat hal Mek Ayah di kampung..

Anak2 buah..anak2 syurga..mana tahu erti duka..

Dia...bukanlah gagah bak badang perkasa, tapi kudratnya memikul beban membesarkan amanah Allah 13 beradik, tak mampu kami balas dengan jasa & harta berjuta..Hanya Allah jua sebaik2 yang memberi segala Rahmat, 

Doakan Ayah saya sihat walafiat & dirahmati Allah sepanjang hayat..dikurniakan ketenangan, kebahagian & dipermudahkan segala urusannya dengan usia yang masih bersisa..
**kami asal 13 beradik, 2 lelaki sudah meninggal, tinggal 11 yang ada, Alhamdulillah.
**Maaf gambar Mek xde yang sesuai untuk tatapan kat sini, gambar Ayah saya yang sedang sakit juga tidak saya sertakan
**Mohon doa kalian..Amiin..

Terima kasih sudi singgah & baca..^v^

5 ulasan:

Wattie berkata...

Assalamualaikum Anna,
Tiba2 rasa sebak pula baca perenggan yg kedua terakhir, teringat kat arwah kedua ibubapa kak.
Semuga dipermudahkan segalanya, diberikan kesihatan yg elok serta mendpt rahmat dan kasih syg ALLAH sentiasa. Aminnn.

Wattie berkata...

Assalamualaikum Anna,
Tiba2 rasa sebak pula baca perenggan yg kedua terakhir, teringat kat arwah kedua ibubapa kak.
Semuga dipermudahkan segalanya, diberikan kesihatan yg elok serta mendpt rahmat dan kasih syg ALLAH sentiasa. Aminnn.

Fadzillah berkata...

Salam kenal Anna....
Terasa damainya suasana kat kampung... kan.Wah.... bestnya, ada sungai lagi buat anak2 mandi manda sekali-sekala bila balik kampung. Teringat pulalah ayah dan mak saya yang tinggal berdua kat kampung nun jauh diutara sana.

Naniey berkata...

Assalamuaaikum...sebak pulak baca kisah sedih ni...jaga la.mereka selagi mereka masih ada...
Singgah blog nani jom http://naniey11.blogspot.com

Anna Qawina berkata...

terima kasih semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...