23 Mac, 2015

KEK MARBLE KOPI SUSU

Assalamualaikum..awak-awak sihatkah? saya macam biasa Alhamdulillah, sihat walafiat, baru balik dari kampung ni, lemau lagi nak masuk dapur tapi order dah menanti untuk dikerjakan..

Sebulan sekali update blog..pheww!! Apapun lebih baik dari tak terupdate langsung..hehe..

Kek mentega yang saya buat untuk buah tangan keluarga kat kampung minggu lepas, mak saya kalau pesan nak kek apa dia akan mintak kek biasa2 je, coklat2 ke krim2 ke tak mau..jadi kek mentega lah yang dimaksudkannya..kali ni cuba resepi dari blog FIZA'S COOKING . sedap bau harum kopi..meh skodeng resepi mudah ni..tq Fiza..


KEK KOPI SUSU
Saiz loyang : 8½ inci x  4½ inci (loaf pan/bulat 7inc.)

Bahan A - di ayak
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder
Bahan B
  • 1 cawan mentega
  • ½ cawan gula - boleh kurangkan jika tak suka manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ¾ cawan susu pekat manis
  • 3biji telur - Gred A
  • 1 sudu besar serbuk kopi atau nescafe - di bancuh dengan 1 sudu besar air panas
Cara membuat :

1. Panaskan oven terlebih dahulu. sapu mentega pada loyang dan lapik dengan kertas.
2. Ayak bahan A dan ketepikan seketika.
3. Didalam bekas yang lain, masukkan mentega dan gula pukul hingga gula hancur. Masukkan pula telur satu persatu dan esen vanilla sambil di pukul lagi.
4. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu pekat manis dan pukul sekadar adunan bercampur dan sekata.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan campurkan salah satu dengan serbuk kopi yang di cairkan tadi.
6. Tuang adunan di dalam loyang dan corakkan mengikut ikut kreativiti masing-masing. Bakar dengan api 150'c selama 1 jam atau sehingga masak. Setiap oven berbeza di antara satu sama lain dan sila tetapkan suhu oven anda mengikut kesesuaian.

1 ulasan:

Kak Vit berkata...

rajin lar awak ni.. :))

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...