Mulai hari ini dengan Al-Fatihah, sedekahkan buat arwah Makcik Alfiah (adik arwah mertua saya) yang meninggal petang semalam(8 April 2015). Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman & beramal soleh. Alhamdulillah sempat menziarahi arwah semasa hayatnya minggu lepas kat Hospital Teluk Intan.
Harini berkesempatan menulis disini, resepi krim2 yang sering digunakan untuk melepa & membuat hiasan kek saya. Antara resepi pilihan yang selalu digunakan la..& yang sedap pasti menjadi kalau buat tu. Nanti cubalah ya, untuk anda yang tak berkesempatan nak ke kelas2 deco kek boleh mula dengan resepi ni. InsyaAllah tidak menghampakan.
3s = SENANG, SEDAP, SHANTEK(CANTIK)..Boley gitu? hehe..
Cantik tu means adunan krim tu cantik sedang-sedang la sesuai utk hiasan & makan2, bukanlah kek aku ni yang cantik..aih..
RESEPI BUTTERCREAM (SPREAD/LAYER/SALUTAN KEK)
(Azie Kitchen)
Bahan2 :
- 150g butter
- 350g krimwell
- 180g susu pekat
- 3 sudu besar gula icing (ayak)
- perasa rose (saya tambah)*optional untuk bau wangi krim
Cara2 :
- Satukan butter & krimwell, putar laju sampai putih, lebih kurang 10 minit, guna ballon whisk ya.
- Masukkan susu pekat & gula icing, putar lagi sebati lebih kurang 5 minit.
- Siap untuk digunakan. (boleh tambah apa2 perisa yang anda suka jika mahu)
- Sesuai untuk digunakan sebagai salutan kek, layer tengah2 kek, hiasan2 mudah tepi2 kek. Rasanya juga sedap tau.
RESEPI BUTTERCREAM :( BUNGA & HIASAN)
(Juicy Cafe)
Bahan :
- 300g shortening
- 350g gula icing (ayak)
- **tambah sikit susu pekat manis jika adunan terlalu kasar & bunga patah2 ketika mendeco. sikit je tau.
Cara2 :
- Satukan bahan2 tersebut dalam mangkuk, gaul sebati guna senduk kayu sahaja.
- Asal sebati jangan lebih gaul atau terlajak gebu nanti susah nak handle bunga.
- Boleh tambah perasa atau pewarna kesukaan.
Contoh2 hiasan boleh tengok di blog saya satu lg ya..sambil2 kot nak tempah hehe
http://annabakedathome.blogspot.com
SELAMAT MENCUBA
1 ulasan:
Anna punya tangan dah lembut utk menggubah / mendoko kek itu yg cantik dan menarik:)
Catat Ulasan