Memaparkan catatan dengan label krim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label krim. Papar semua catatan

09 April, 2015

RESEPI BUTTERCREAM 3S

Bissmillah..Assalamualaikum..
Mulai hari ini dengan Al-Fatihah, sedekahkan buat arwah Makcik Alfiah (adik arwah mertua saya) yang meninggal petang semalam(8 April 2015). Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman & beramal soleh. Alhamdulillah sempat menziarahi arwah semasa hayatnya minggu lepas kat Hospital Teluk Intan.

Harini berkesempatan menulis disini, resepi krim2 yang sering digunakan untuk melepa & membuat hiasan kek saya. Antara resepi pilihan yang selalu digunakan la..& yang sedap pasti menjadi kalau buat tu. Nanti cubalah ya, untuk anda yang tak berkesempatan nak ke kelas2 deco kek boleh mula dengan resepi ni. InsyaAllah tidak menghampakan.


3s = SENANG, SEDAP, SHANTEK(CANTIK)..Boley gitu? hehe..
Cantik tu means adunan krim tu cantik sedang-sedang la sesuai utk hiasan & makan2, bukanlah kek aku ni yang cantik..aih..

RESEPI BUTTERCREAM (SPREAD/LAYER/SALUTAN KEK)
(Azie Kitchen)
Bahan2 : 

  • 150g butter
  • 350g krimwell
  • 180g susu pekat
  • 3 sudu besar gula icing (ayak)
  • perasa rose (saya tambah)*optional untuk bau wangi krim

Cara2 : 

  • Satukan butter & krimwell, putar laju sampai putih, lebih kurang 10 minit, guna ballon whisk ya.
  • Masukkan susu pekat & gula icing, putar lagi sebati lebih kurang 5 minit.
  • Siap untuk digunakan. (boleh tambah apa2 perisa yang anda suka jika mahu)
  • Sesuai untuk digunakan sebagai salutan kek, layer tengah2 kek, hiasan2 mudah tepi2 kek. Rasanya juga sedap tau.


RESEPI BUTTERCREAM :( BUNGA & HIASAN) 
(Juicy Cafe)
Bahan : 

  • 300g shortening
  • 350g gula icing (ayak)
  • **tambah sikit susu pekat manis jika adunan terlalu kasar & bunga patah2 ketika mendeco. sikit je tau.
Cara2 :
  • Satukan bahan2 tersebut dalam mangkuk, gaul sebati guna senduk kayu sahaja.
  • Asal sebati jangan lebih gaul atau terlajak gebu nanti susah nak handle bunga. 
  • Boleh tambah perasa atau pewarna kesukaan.

Contoh2 hiasan boleh tengok di blog saya satu lg ya..sambil2 kot nak tempah hehe
http://annabakedathome.blogspot.com

SELAMAT MENCUBA

16 Mei, 2012

SELAMAT HARI GURU..Kek Coklat Moist

Assalamualaikum

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU/CIKGU/PENSYARAH..SEMUA PENDIDIK ANAK BANGSA..BUAT IBU2 & BAPA2 JUGA ANDA ADALAH GURU TERBAIK DI DUNIA..TERIMA KASIH MAK AYAH, GURU PERTAMA KITA..SEMOGA KEHIDUPAN KALIAN DALAM RAHMAT ALLAH SENTIASA..SEGALA JASA & ILMU DICURAH BUAT KAMI & JUGA ANAK-ANAK KAMI AMAT BESAR NILAINYA..TERIMA KASIH CIKGU!!

pheewww..panjang gak perutusan hari guru ambe nih..tepuk tangan la sket..hehe..



Jom layan kek coklat moist yang Ana buat untuk Damia bawa ke tadika harini..Resepi kek coklat ni memang sedap yer..resepi nilah yang Ana selalu guna untuk kek jualan..macam2 boleh dipelbagaikan, nak lapis cheese, nak layer letak krim, nak buat trifle..semua guna resepi ni ok..sedap tak sedap kena cuba, takpun try tanya IZAHDAUT tu, dia pun setuju akan kesedapan kek ni..eh..suami saya pun suka pulak kek ni, sedang elok manis katanya..yelah bang..tak puji kang ada yang muncung..hehe

KEK COKLAT KUKUS (Chef Hanieliza)
Sumber : Chef Hanieliza
 
Bahan-bahan :
 
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 cawan serbuk koko - diayak
  • 1 s/k baking powder - diayakkan
  • 1/2 s/k soda bikarbonat - diayak
 
Bahan B
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang
 
Bahan C
  • 4 biji telur 
  • 1 s/k esen vanilla -  kacau rata dengan telur
 
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan (A) yg diayakkan dalam mangkuk.
  3. Masukkan bahan (B) dalam mangkuk yg berisi bahan (A) tadi.
  4. Masukkan telur (C) dan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  6. Sejukkan dan hiaskan ikut suka.
  7. Ana kukus menggunakan 2 loyang sama saiz, dah sejuk tuangkan coklat ganache di atas lapisan pertama & letak lapisan kek yang ke 2.
  8. Simpan sejuk dalam peti ais selama sejam lebih kurang agar kek melekat elok bila dipotong.
  9. Bila dah sejuk, tuang ganache ke atas seluruh kek, biarkan ganache mengeras (boleh masukkan dalam peti ais sekejap), kemudian hiaskan dengan krim mentega.


RESEPI COKLAT GANACHE (Cik Mat Gebu):
  • 200 grm coklat masakan
  • 100 ml susu cair @ 150 ml whipping cream
  • 1 sdt butter

Cara-cara :
  • Didihkan susu bersama coklat yang dipotong halus
  • Agak-agak coklat dah mencair, tutup api dan teruskan mengacau sehingga coklat larut sepenuhnya & tambahkan butter.
  • Kacau sebati.

RESEPI KRIM MENTEGA 'UMIE'
Sumber : Umie@myresepi (tak jumpa cari link lak)
saja nak cuba resepi lain pulak, ok jugak resepi ni..

Bahan-bahan :
  • 250 grm butter
  • 150 grm shortening
  • 250 grm gula icing (ayak)
  • 2 sdb susu cair/susu segar **optional

Cara-cara :
  • Pukul semua bahan kecuali susu sehingga kembang & putih gebu.
  • Kalau kurang lembut baru tambah susu sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur yang diingini.
  • Letak pewarna kesukaan & bolehlah menghias kek anda.
  • **Ana tak letak susu, sedang elok je..

SELAMAT MENCUBA..takmo cuba nak order buleh sajee..
Sekian..:D



19 April, 2012

Krim Mentega @ Buttercream Icing

Assalamualaikum

Rajin ye saya update? Sebenar2nya dah beberapa hari Ana buat n3 berjadual ni setelah dicadangkan oleh seorang teman mesra dari Ampang. Sungguh tak berkesempatan nak menaip & post setiap hari, bukanlah bnyk sgt tempahan tapi dek urusan rumahtangga yg tak pernah habis ni menyebabkan Ana tak bnyk masa nak online, nak BW pun agak semput kadang ngintai kot celah tingkap je..tapi memang singgah kat blog kawan2 cuma x tinggal jejak je..maklum intaian berlaku disebalik henpon yang agak terhad teknologinya...hehe..

Terima kasih buat kawan2 yg sudi singgah sini, jenguk apa yg patut kan. InsyaAllah akan saya balas kunjungan, oh ya jutaan trimas buat yg suka ngomel kat tiap n3 saya ni..hehe..ni edisi burung aku "taak maraahh!!"..muahaha..bukan nak bagi resepi kek tapi sekadar resepi krim yang selalu Ana guna.


Kali ni Ana nak kongsikan satu resepi krim mentega @ icing untuk digunakan semasa menghias kek. Resepi ni KAK ROKIAH, kakak tiri ipar (anak tiri FIL Ana) yg bagi, hasil usahanya pergi ke kelas hiasan & buat kek, rajin pergi kelas walaupun sekadar buat kek untuk makan2 keluarganya je katanya. Ilmu tak terhad kan, sesiapa aje boleh belajar, tak semestinya untuk niaga aje..


Alhamdulillah, dapat juga kongsikan kat sini untuk rujukan bersama, banyak2 versi anda boleh pilih mana yang anda suka, macam2 resepi ada kalau gugel kan. Terpulang. Lagipun memang Ana tak pernah beli krimwell yang biasa orang buat icing kan..jadi guna resepi ni senang..Krim ni bagi Ana rasanya agak sedapla, nak tahu betul ke tak kena cuba sendiri..kot2 nak test berkesan ke tak softlan berbotol2 yang dah guna kat tangan tu kan..muekikikiii.....Ana sendiri tak pandai pun dekorasi kek, cuba2 ajer..sememeh takyah kata la..janji cuba yang penting kan. *ayat kaver...:D

RESEPI KRIM MENTEGA
Sumber : Kak Rokiah
Krim Mentega@buttercream Icing by AnnaQawina

Bahan-Bahan :
  • 150 grm gula icing (ayak)
  • 150 grm lemak sayuran (shortening)
  • 150 grm mentega
  • 1 sdudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara :
Satukan semua bahan dalam mixer, putar dari speed perlahan hingga medium sahaja sehingga kembang, ini akan ambil masa sedikit untuk mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya. InsyaAllah





Antara kek yang telah di'comot'kan oleh tangan saye..uhu..SELAMAT MENCUBA & jangan lupa bg komen yer..


BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...